Tuesday, 2 May 2017

Kisah Mak Tam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya rasa saya pernah cerita perihal mak tam dlm blog ni. jap nak cari. haa ni dia : http://adzrina.blogspot.my/2012/03/cpt-sembuh-mak-tam.html


lama dah rupanya mak tam kena bisul tu. 5 thn lps. luka bisul tu pun dah sembuh sepenuhnya. selepas dari tu mak tam dah sihat boleh menjalani hidup seperti biasa sehingga lah baru-baru ini.


Tapak kaki mak tam luka agak teruk kedua-dua belah. tapi belah kiri lg teruk. Pada 11 April mak tam masuk wad Hosp Sbrg jaya sbb demam panas, kuman di kaki dah melarat. Kena warded dalam 4 hari mcm tu maktam dibenarkan keluar. Kami jaga mak tam di rumah kami di lahar Yooi. Selepas 4 hari mak tam mintak nak balik rumah dia. Dengan berat hati kami hantar dia balik sbb she insist. Dia tak sampai hati tinggal paktam lama-lama walaupun maktam tak lah sihat sgt.

Sehingga lah 20 April, abg aleh bawak mak tam ke Hosp S. Jaya utk temujanji dgn doktor. selesai ja urusan, abg aleh pergi ambil kereta kat tempat parking, tiba,tiba maktam jatuh pengsan dan segera di bawa ke bahagian kecemasan.

semalaman dia di rawat, 21hb doctor memutuskan yang kaki kiri dia terpaksa dipotong sbb luka teruk sgt dan makan bahagian betis. Kaki dipotong di bahagian bawah lutut. Innalillah.. masa mak tam telefon dan bagitau saya berita ni pg jumaat 21hb, saya menangis teresak-esak. Rasa sedih dan kasihan sgt pd maktam. Selama ni dia banyak berkorban utk org lain, akhirnya terpaksa redha dengan ujian yang menimpa dia.

selesai urusan potong kaki pd 21 April jam 9 mlm. Mak tam keluar hospital pd 23 april, terus kami bawa pulang ke rumah kami. biarlah buat masa ini dia dengan kami. senang nak tgk makan minum dia, ubat dia, cuci luka kaki hari-hari.  mak tam nampak kuat dan bersemangat. dia kata semua ni hanya pinjaman, sampai masa Allah akan ambil balik. Kita ni cuba hambaNya yg lemah.

Hari ini, dah 10 hari mak tam menjalani hidup tanpa sebelah kaki. nampak dia dah boleh sesuaikan diri. dah boleh pelan-pelan turun dari katil duduk di lantai atau di kerusi roda. Dari lantai dia ke bilik air utk mandi dan buang air. Alhamdulillah. Semalam cuti 1 Mei  bawak dia ronda-ronda hingga ke Pulau Sayak makan mee kuah. Dia nampak seronok.

penting utk saya coretkan ini. dia kakak ipar yg paling dekat dan rapat dgn saya dan anak-anak. saya syg dia. semoga Allah permudahkan urusan hidupnya dan terus bg kekuatan dan ketabahan utk dia. Ameen ya rabbal'alamin.

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...