Monday, 24 April 2017

Reunion ke - n

Bukan senang nak kumpul ramai2. Melainkan raya, ada kenduri atau majlis kecik2. Sesekali dpt bertemu ramai2 mmg seronok.
Tak puas bersembang. Mana nk makan. Mana nak ligan anak. Ada anak bg tumpah ayaq. Ada anak yg menjerit teriyak takut kucing. Ada anak yg hampir tersembam dlm pasu bunga. Haih.
Time flies. But friendship remains. I love u friends.
And happy 1st birthday khadijah and fatimah.
Happy 2nd birthday ridania.
Org2 April mmg awesome. Hahaha

Friday, 21 April 2017

Pagi-pagi

Berpagi-pagian dgn bestfriend saya cik nawal. Dia yg amik gambaq ni. kesian tgk umi drive layan jem permatang nibong. Bertabahlah, dah 10 tahun lebih dok layan jem ni.

Sunday, 16 April 2017

Kecewa @ lega ?

Usia anak bongsu (bt masa ini) hampir mencecah 13 bulan. Tapi mak dia belum lg didatangi bulan. Saya cuba memujuk hati yg saya masih menyusu badan, so period maybe lambat sikit. Tp saya tidak dpt menolak rasa risau sekiranya ditakdirkan tetiba ada baby kicking dlm perut. Risau beb, anak kecik lg. Masih memerlukan perhatian. Lgpun rasanya 4 ni dah besar rahmat Allah bg dah utk kami. Bkn menolak rezeki, tp saya rasa belum bersedia. Anak kan amanah, kena jaga sebaik mungkin. Adoi kalau nk bebel bab ni pjg entry ni nanti.

Dipendekkan cerita, abg leh tgk saya gemuk, dia mengagak yg saya pregnant. suka2 hati dia je. Jd saya suh dia dptkan pregnancy kit tu.

Resultnya ,

Nuha masih yg bongsu buat masa ini.  Jd nak kecewa ke nak rasa lega? Hihihi

Friday, 14 April 2017

Hak Jiran


Daripada Abu Syuraih al-Khuza'i r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. "

Islam menyuruh kita berbuat baik kepada jiran walaupun terhadap mereka yang bukan seagama dengan kita, apatah lg yg seagama dan ada tali kekeluargaan denga  kita. Islam telah menjadikan berbuat baik kpd jiran ini sebagai bukti keimanan seseorg dengan Allah Taala dan hari akhirat.

(Pi dengaq tazkirah pg jumaat tak bwk pen dan notes. Jd kena coretkan kan sini supaya tak lupa. Hehehe)

Wednesday, 5 April 2017

tersentuh hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pagi tadi, seperti biasa, sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja, nak hantar nawal ke sekolah. biasanya saya akan keluar dulu dengan nawal, dan ayahnya akan setelkan yang bertiga lg.

tengah pakai stokin, saja buat keluhan kecil, "umi dahagalah, nak minum ayaq pun tak dan." tanpa apa-apa niat. terus bangun dan masukkan barang-barang dalam kereta. mana dengan beg saya, beg sekolah nawal, elok nak tutup pintu, datanglah nawal dgn segelas air sirap,"nah ummi, minum dulu."

Ya Allah, bayangkan umi dia punya keterharuan tu?

little things u do that makes other people feels great.

terima kasih nawal. semoga terus membesar sbg anak solehah. amin.


Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...