Little Nuha is ONE~!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ALHAMDULILLAH, my little daughter is turning one today. Syukur atas segala limpah dan kurniaan dr Allah kepada anak bongsu ummi ni. Seorang anak yang ceria, manja, berdikari dan cerdik.

Anis Nuha belajar bertatih sejak usia 9 bulan, usia 11 bulan dah laju berjalan. Sekarang ni dah tak nak dipimpin tangan, amboi dia tu. Dah semakin manja dan rapat dgn babysitter baru ni selepas hampir 4 bulan bersama. Alhamdulillah, dia serasi dengan Kak Na yang dipanggil Mak. Dah tiada sesi nangis-nangis selepas sebulan duduk dgn mak. Lega sangat umi. Semoga keadaan ini berterusan dan semakin baik dari hari ke hari. Amin..

Nuha dah taknak makan moi dah. Dia nak mkn makanan org dewasa. Bihun goreng selamba ja dia makan. Kita takut dia sakit perut, tp nampak dia ok je. Ada la sekali sekala dia cirit, tu la nak sgt makan makanan org dewasa, padahal dia baru nak masuk setahun jagung (apa kaitan jagung dlm hal ni. Haha) jadi umi pun sekarang dah tak buat moi dan bekukan utk dia hari2. Dia makan nasi org besar, Cuma kena lenyek lebih skit. Gigi dah 7 batang. 5 atas 2 bwh, itu yg bukan main lagi dia.
Makin panjang akal, dah faham arahan sikit-sikit. Kalua dia mengamuk suka nak hantuk kepala ke lantai. Lepas tu mula lah lebam dahi tu. Alahaiiii.. badan ringan seronok dia nak hempas-hempaskan badan.


Adik manja utk kakak dan abang-abang. Abang ali paling dia serasi. Ketawa mengekek kalau main dgn ali. Dengan kakak pun dia ok, dengan adam kurang sikit sebab adam suka buli dia. Adik dok jalan elok2 dia pi tolak bg jatuh. Adik merangkak dia pijak belakang, suka berebut barang yg ada dalam tangan adik. Mcm mana adik tak marah. Kelakar kalau tengok diorang berebut barang. Selalunya Nuha yg menang. Boleh tahan kenit tu kalau berebut dgn abg.


Hari khamis lepas sempat belikan kek untuk makan ramai-ramai kat rumah ma. Jadi inilah gambar yang tak seberapa. Jadilah untuk kenangan.


Happy birthday Anis Nuha. Ummi, ayah, kakak, abang, abang dam doakan deknis sejahtera dlm rahmat Allah, terus jadi anak dan adik yang baik, sihat dan gembira sentiasa. Amin amin amin.

we love you, deknis.

Comments

Popular posts from this blog

:: perihal susu ::

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...