Kisah Pengasuh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, blog ini masih bernafas lagi sehingga ke hari ini, doakan dia panjang umur lagi.. kahkahkah


Ada kelapangan skit hari ni, setelah reda dgn kerja2 pejabat yang tak pernah habis. Nak mencoretkan sesuatu tentang pengasuh anak2..

Kak Sham atau lebih mesra dipanggil mamatok oleh anak2 saya. Dah lama saya kenal, kira2 5 tahun lepas. Dia yang sanggup jaga Ali yang kuat teriyak tu setelah saya penasaran mencari pengasuh, Alhamdulillah saya dikenalkan dgn dia oleh seorang pemilik tadika.

Setelah 3 tahun lebih ali duduk dgn dia, Ali masuk tadika. Dan tempat Ali digantikan dengan Adam. setahun lebih Adam duduk dgn dia, Anis Nuha turut menyerati abg duduk di rumah kak sham, bersama2 dgn 2 org lagi cikgu mengasuh.


Hero-hero ummi


 selfie anak beranak

dan sehingga Nuha berusia 8 bulan, dukacita dimaklumkan kak sham akan menamatkan operasi mengasuh di rumahnya, sbb dia akan menumpukan sepenuh perhatian di tadika miliknya di tempat lain. Maka saya dan abg aleh pun kena lah mencari pengasuh lain. Sobs.



Nuha yang masih breastfeeding, bersulam formula milk kalau stok tak cukup. huhuhuhu


Bukannya apa, bila kita dah selesa dgn seseorg, utk melepaskannya menjadi suatu kesukaran la kan. lagi2 bila bersangkut dgn anak2 ni. Nak cari org yg dpt jaga dan syg anak2 kita bukannya senang, jd kalau dapat tu mmg rezeki dr Allah Taala.

Jadi utk Adam, Alhamdulillah, cikgu yang sebelum ni bekerja di rumah kak sham tu, atau lebih mesra dipanggil cikgu Ta, senang hati nak jaga adam di rumah dia sendiri. dan Nuha akan bersama pengasuh baru dekat dengan adam jugak, atas rekemen dari kawan saya bermula dr bulan Disember ini.

saya doakan anak2 saya serasi dgn pengasuh baru, dan sentiasa dlm rahmat dan perlindungan Allah. Moga yg baik2 saja mendatangi anak2 ummi. amin. Kata abg aleh, kehidupan kita ni sentiasa berubah, sentiasa ada benda baru. kita akan melepaskan sesuatu utk mendapatkan sesuatu yang lain. jadi, kita redah saja.. Insyaallah, Allah adalah sebaik2 perancang utk kehidupan kita.



Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::