Tuesday, 29 November 2016

Barakallah Nawal dan Ali~!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Sabtu lepas, 26/11/2016 berlangsung 2 acara. Majlis penyampaian hadiah sekolah nawal dan jugak tadika ali. Penat umi ayah berkejan kedua2 tempat utk menyaksikan kakak nawal ambil hadiah dan jugak tgk Ali buat persembahan.





Tahniah nawal, ummi bangga dgn nawal, walaupun sebenarnya dpt no 1,2,3 masa sekolah rendah ni biasa2 saja. cabaran lebih besar bila nawal masuk sekolah menengah dan belajar di universiti nanti. Apapun umi ayah doakan nawal boleh mengharungi semua cabaran dengan cekal dan berjaya, insyaallah.

(sapa berjaya nampak ali dia terer. haha)



Ali pulak dapat no 7 dari 11 org di kelasnya. rilekslah, baru 5 tahun, jauh lg perjalanan ali. umi sasarkan ali dpt membaca dgn lancar bila masuk tadika 6 tahun bulan Januari nanti, insyaallah.



sebagai penghargaan, ummi bawak nawal dan ali tgk cerita upin ipin jeng jeng jeng.
 hangpa happy ummi penat. kahkahkah

Saturday, 26 November 2016

Adam Nubli turns 2 ~!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

cepat nya masa berlalu. my baby bam bam Adam Nubli genap 2 tahun pd 26/11/2016.



lasak tak kira situasi.


sorry baju dah ketat mujur boleh butang lg.


camna tak ketat, tgk perutlah.


lps balik dari klinik smlm, berat 18kg, kena jumpa doc dan timbang tiap2 bulan utk pantau berat sbb dah obesiti. baru boleh bercakap hujung2 perkataan, kena refer jugak sbb risau speech delay. 

Ya Allah, berilah kesihatan yg baik buat anak2 ku, sejahterakan lah dia. makmurkan hidupnya dan berkatilah dia. amin amin amin.



Wednesday, 23 November 2016

Nuha 8 bulan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni bawak nuha ke klinik desa lahar yooi, utk check up bulanan. biasalah timbang ukur tinggi lilit kepala dan sembang2 dgn misi tentang perkembangan dia,

Alhamdulillah, berat nuha 7.3 kg, tinggi 69 cm lilit kepala 45 cm dan BMI 15.3. BMI atas pagar, jd umi kena bg makan lebih skit utk sesuai dgn tinggi dia, kalau tak dia akan slim tak sesuai dgn usia. (kalau la umi boleh bg isi umi ni kat nuha. huwawawaaa)
Dah pandai merangkak, berdiri dan meniti, skrg cuba2 nak lps tgn bila berdiri. amboi sgt dia tu.
makanan kegemaran apa saja yg boleh disuap, dia telan saja. mainan abg pun kalau bleh mkn lama dah dia makan. hahaha


ok, bulan depan 9 bulan kena cucuk pulak yaa...


membesarlah dgn sihat dan sejahtera, amin.

Monday, 21 November 2016

Kisah Pengasuh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, blog ini masih bernafas lagi sehingga ke hari ini, doakan dia panjang umur lagi.. kahkahkah


Ada kelapangan skit hari ni, setelah reda dgn kerja2 pejabat yang tak pernah habis. Nak mencoretkan sesuatu tentang pengasuh anak2..

Kak Sham atau lebih mesra dipanggil mamatok oleh anak2 saya. Dah lama saya kenal, kira2 5 tahun lepas. Dia yang sanggup jaga Ali yang kuat teriyak tu setelah saya penasaran mencari pengasuh, Alhamdulillah saya dikenalkan dgn dia oleh seorang pemilik tadika.

Setelah 3 tahun lebih ali duduk dgn dia, Ali masuk tadika. Dan tempat Ali digantikan dengan Adam. setahun lebih Adam duduk dgn dia, Anis Nuha turut menyerati abg duduk di rumah kak sham, bersama2 dgn 2 org lagi cikgu mengasuh.


Hero-hero ummi


 selfie anak beranak

dan sehingga Nuha berusia 8 bulan, dukacita dimaklumkan kak sham akan menamatkan operasi mengasuh di rumahnya, sbb dia akan menumpukan sepenuh perhatian di tadika miliknya di tempat lain. Maka saya dan abg aleh pun kena lah mencari pengasuh lain. Sobs.



Nuha yang masih breastfeeding, bersulam formula milk kalau stok tak cukup. huhuhuhu


Bukannya apa, bila kita dah selesa dgn seseorg, utk melepaskannya menjadi suatu kesukaran la kan. lagi2 bila bersangkut dgn anak2 ni. Nak cari org yg dpt jaga dan syg anak2 kita bukannya senang, jd kalau dapat tu mmg rezeki dr Allah Taala.

Jadi utk Adam, Alhamdulillah, cikgu yang sebelum ni bekerja di rumah kak sham tu, atau lebih mesra dipanggil cikgu Ta, senang hati nak jaga adam di rumah dia sendiri. dan Nuha akan bersama pengasuh baru dekat dengan adam jugak, atas rekemen dari kawan saya bermula dr bulan Disember ini.

saya doakan anak2 saya serasi dgn pengasuh baru, dan sentiasa dlm rahmat dan perlindungan Allah. Moga yg baik2 saja mendatangi anak2 ummi. amin. Kata abg aleh, kehidupan kita ni sentiasa berubah, sentiasa ada benda baru. kita akan melepaskan sesuatu utk mendapatkan sesuatu yang lain. jadi, kita redah saja.. Insyaallah, Allah adalah sebaik2 perancang utk kehidupan kita.



Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...