Ali dah 5 tahun.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam (isnin) kami bertolak balik dr Kota Bharu setelah beraya di sana selama 3 hari. sampai rumah dlm jam 4 ptg. ali dah merengek2 bila nak p makan kfc. dah janji dgn dia lama dah, kalau sampai hari birthday dia nak g mkn kfc. sbb masa birthday kakak hari tu kakak mintak mkn ayamas, so dlm rasa lelah dan penat travel tu, lepas maghrib keluarlah kami 6 beranak nak g mkn kfc.

tgk kat kfc kompleks kailan kepala batas tu masyaallah ramainyaaaaaa org beratur. pegi la kfc satu lg tu pun ramai jgk manusia. ayahnya cuba pujuk ali, kita mkn benda lain ya? esok pulak kita mkn kfc. apa lg, meraung2 bdk tu nak jgk mkn kfc. okey2, cuba diplomasi kita bungkus ya, blk mkn kt rumah. sbb ramai sgt org. takde meja. adik nuha nangis. syukurlah dia setuju. itupun hampir sejam abg aleh beratur. dan saya bersama nawal, adam dan nuha tunggu dlm kereta.

mcm tu lah kita mak pak ni. sehabis daya cuba tunaikan permintaan anak2. harapnya anak2 ni jd lah anak yg baik, yg berakhlak, yang tak sia2kan mak ayah. huhu, sayu pulak rasanya.



11072016 - Ali Nufail genap 5 tahun. dah tak nak potong rambut botak dah. dah pandai nak rambut pacak pulak skrg ni. dah boleh membaca. dah boleh mengaji dan menghafal surah pendek2. byk tolong ummi. walaupun masih manja dan kuat merajuk, tp biasalah perangai anak no 2. kena banyak sabar. malam2 nak tidoq umi mesti kena tepuk2 dia. kalau tak dia takkan tidoq. phewww~!

ummi dan ayah doakan kesejahteraan ali. semoga terus jd anak baik sampai akhir hayat, amin.



Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...