Thursday, 14 April 2016

Cerita Kelahiran ke 4

Isnin mlm 14/3.
Perut saya rasa tak selesa. Mcm contraction tp jarang2 dan sekejap sgt. Abg leh ckp ok jgn pergi kerja esok (selasa) just rest. Kebetulan saya ada check up di klinik.

Selasa 15/3
Check up mcm biasa. Ada mengadu dgn nurse ttg rasa contraction tu. Nurse pesan peka dgn movement baby, kalau rasa sakit makin kerap dan lama dan ada tanda2 jgk, cpt2lah ke hospital. Hari ni jgk saya mkn apa yg saya nk mkn. Cendol. Mee goreng. Lamb chop.

Rabu 16/3
Huiii rasa sakit tu bila dia dtg rasa menyucukkkk. Ada lendir coklat. Abg leh kalut je nak antar saya ke hosp. Risau sgt dia kalau saya terberanak di rumah. Yg saya ni lg boleh bertahan saya nk jjcm lg. Huhu. Tp dgrlah ckp suami. Maka jam 11 saya dah sampai hosp sbrg jaya. Baru 3 cm. Rest kat ward dulu. Kannn dah ckp. Rugi takleh g jjcm dah.

Khamis 17/3
Sakit makin kerap. Tp tak lama. Seharian mcm tu. Saya runsing dah ni. Haih jgnlaa sakit lama2 byk2 hari. Saya tak sanggup. Zikir dan doa tak putus2. Berjalan mundar mandir dlm blk no 3 di wad 8 tu.

Mlmnya tak boleh tidor. Makin kerap sakitnya. Jam 5 pg saya bgn, buat tahajud dan solat taubat. Mohon Allah mudahkan saya. Baca yassin. Solat subuh. Lps tu ketuk ketampi byk2 kali. Pukul 7 mcm tak tahan dah. Bgtau misi yg saya sakit kerap. Doc check bukaan. Ok 4cm. Jomlah ke labour room. Tp jam 8 pum x gerak lg. Diorang suh saya breakfast dlu.mandi dulu. Tenang2 dulu. Jam 8.30 pg turun darah. Alhamdulillah. Jam 9 sampai LR.  Jam 9.15 doc nak pecahkan ketuban. Eh, muka doc berkerut2. Mana ketuban ni? Hah? Ok takpa. Tp bukaan dah 5cm dan lembut dah. Anytime u boleh bersalin.

Maka dr jam 9.15 tu saya rasa sakit tak tertanggung lg. Zikir dan doa tak putus2. Mata tak lepas dr tgk jam. 9.30 ke 10pg ke 10.30 tu saya rasa mcm 8 jam lamanya. Jam 10.30 saya rasa baby nak keluar dah. Jerit panggil nurse. Yessss she is coming! Siap2 semua. Ok puan azriena, boleh push skrg. Tetiba saya tak reti push. Bila saya meneran muka dan mata saya yg merah. Byk kali saya cuba. Still wajah saya yg stress. Eh riena hg ni kenapa? Kan baru ja beranak setahun lebih ja.

Saya rasa lebih 5 kali saya cuba. Bertuahnya saya sbb nurse2 dan doc tak putus asa beri saya semangat dan tunjuk ajar. Diorang langsung tak marah. Mahupun berkata kasar. Ya allah. Sedangkan saya sendiri dah hampir putus asa dgn menghentakkan kepala ke bantal. Nurse kata "kesian baby. Dia nak keluar sgt. Tp ibu kena usaha lg. Tlg puan. Sikit lg ni. " (Hampir menangis masa taip ni) sbb tu kepala nuha sedikit.lonjong. mungkin kesan keluar masuk masa saya meneran.

Saya tak pasti cubaan keberapa. Tp lps saya mohon sgt2 dgn Allah. Berilah saya kekuatan. Dan 'ilham' mcm mana nk push dgn betul. Akhirnya keluarlah baby girl dan dia menangis tersekat2. Mungkin tertelan air ketuban (sbb tu ketuban kering). Subhanallah. Sakitnya ummi melahirkan kamu Nuha. Sakit yg tak terperi.

Dan Allah itu Maha Mengasihani. Wpun sakit meneran tu tak terperi, tp syukurlah tiada koyakan. Perineum in tact. Tiada jahitan. Tu adalah rezeki besar utk mak2 yg bersalin normal. Bila tiada jahitan maka tak sakit sgt lps ni. Cpt sembuh luka.

Hari Sabtu 19/3 jam 2 ptg dah sampai rumah. Dan saya kena ulang alik ke klinik 2x sehari pg dan mlm utk cucuk vaksin heparin. Yg ni utk ibu2 terpilih je. Lebam2 lengan kiri kanan akibat kena cucuk pg mlm.

Cuti 2 bulan saja. Sbb cuti bersalin 300 hari tu dah habis. Maka cerita kelahiran ke 5 mungkin tidak akan wujud.

Ok dah setel. Jam dah 12.21 am. Good night.

1 comment:

zai zamree said...

Alhamdulillah...mudahnya bersalin

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...