dah 2 bulan lebih...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah 2 bulan lebih.. TAK UPDATE BLOG.

HAHAHAHA!!

entah apa yg bz sgt. lps suami dia balik dr haji, terus dia pun senyap. pemalas sebenarnya. takde mood nak tulih apa2.


Buat konklusi boleh ?

11/10 : abg aleh dah balik dr mekah. alhamdulillah, dia baik2 sj. moga mabrur hajinya. doakan dia dpt istiqamah dgn amalan2nya dan jadikan dia hamba Allah yang lebih baik. amin.


7/11 hingga 14/11 : kami sekeluarga termasuk ma, ayahwan dan kak long bermusafir ke Aceh, Indonesia. dah lama saya dan abg aleh berhajat ke sana. ziarah tempat abg aleh belajar dulu selama 6 tahun. kami berada selama 8 hari di sana (sampai cemuih) hahahaha. Alhamdulillah, sempat menikmati laut yang cantik di Pulau sabang, sempat rasa gegaran gempa bumi berskala 4.2 scala richter (huhu menangis lps gempa bumi tu), sempat mendengar cerita2 dr mangsa2 tsunami, melawat tempat2 berkenaan dgn tsunami. trip yg sgt mengujakan. insyaallah, nanti nak p lagi. mmg nak p lagi. insyaallah.


15/11 : Nawal konvo tadika. tahun terakhir dia di alam pra-sekolah. Alhamdulillah, dia dapat no 1, lancar menulis dan membaca. saya nak sgt dia bijak Al-Quran, Arab dan Jawi. insyaallah saya akan usahakan dia ke arah itu. Moga Allah permudahkan. amin. Ali pulak nak naik 5 tahun, saya nak tukarkan dia ke tadika lain. Saja nak ubah angin. sementelah kakak dia pun tak duduk sekali dah dgn dia. Tahun dpn nawal dah darjah 1. insyaallah akan bersekolah dekat2 dgn tempat kerja saya.


26/11 : Adam Nubli dah setahun! cepat betul masa berlalu. rasa masih baru lg memujuk dia yg kuat menangis, sampai kena panggil nama lain kat dia. terbayang2 lg dia jatuh buai akibat kecuaian kakak. Alhamdulillah, dia sihat seadanya. tgh pulun dok bertatih. berjalan 4,5 langkah dah jatuh. tp tak serik mencuba. doakan dia sejahtera ya. berat dr usia 10 bulan smpai setahun lebih ni maintain 11kg wpun mkn sgt berselera. dia kesian kt umi nak dukung dia kalau naik berat byk2.

hmmm... apa lg.. alaa dah taktau nak cerita apa..

nanti2 lah sambung. doakan saya rajin menulis lg. hehehehe




Comments

naemmah said…
tudia aih..pnya lma tggu update..hahaha

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...