Tuesday, 22 December 2015

cerita PTPTN saya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

welcome follower saya yang ke 111. hehe terima kasih follow blog yg tak seberapa ni. pemalas lipas nak menulih. tak mcm zaman muda2 dulu.


baru2 ni tgk kat fb ramai yg share PTPTN potong gaji depa sampai habis. Lps tu kata la ptptn ni takde berperikemanusiaan lah, itu lah ini lah. kira yg tak elok sesaja ttg ptptn. ada la jgk 2,3 org yg up status menyerang balik penghutang2 ni. ye la masa pinjam tak kata apa. masa nak bayaq mcm 2 pulak yg tak puas hati.

oklah. meh nak share cerita saya dan ptptn. Bg saya ptptn ialah pemiutang yang PALING bertolak ansur.

Saya tamat belajar pd tahun 2005 dgn jumlah hutang RM24k. lepas 6 bulan tu ada la ptptn hantar surat suruh buat payment tp saya balas balik dgn bgtau saya minta tempoh sbb belum ada kerja tetap. Lepas tu saya kerja biasa2 dgn gaji basic 900, kemudian tukar kerja dgn gaji 1300, belum start bayar lg. lps tu saya dpt kerja di Ipoh, dgn gaji 1500. pun belum start bayar lg (sayang duit la sgt).

Kemudian tahun 2007 saya ditakdirkan dpt kerja di UiTM Pulau Pinang dgn gred 17, (gaji SPM) basic cuma 970. start kerja Januari 2007, lepas 3 bulan bekerja saya mula buat potongan gaji dgn LHDN. Gaji bulanan saya dipotong siap2 dgn PTPTN. Alhamdulillah. lega rasanya. dpt gaji bulanan dah tak payah pikir nak bayaq hutang. pdhal gaji gred 17 berapa lah sgt.

Saya komited buat potongan gaji tu ikut jadual. maksudnya mula2 ptptn potong dlm 150, kemudian naik sikit-sikit, sehinggalah Mac tahun 2014, jumlah potongan adalah 261.

saya ada beli rumah biasa2 di padang serai, jumlah potongan adalah rm550. start potongan duit rumah adalah bulan April 2014. dan tiba2 PTPTN tak potong dah gaji saya bulan tersebut. heran jgk saya. kenapa diorang ni, tanak saya setel hutang ke..? saya ada emel, bgtau ptptn, tolonglah potong gaji saya mcm biasa, saya tak kisah. tp diorang tetap tak potong. saya buat permohonan ujrah, dah lulus, tp masih diorang tak potong gaji saya. seingat saya dlm tempoh Julai 2014 sehingga Januari 2015, tiga kali saya hantar surat potongan gaji bulanan tu.

akhirnya selepas setahun setengah saya tak bayar PTPTN (dengan balance tinggal RM8000), akhirnya saya decided, ini tak boleh jd. saya kena bayar cara lain, bkn dengan potongan gaji.

Disember 2015, saya bayar melalui maybank2u. selepas seminggu, saya dpt emel ini :


ohh..rupanya ptptn taknak saya buat potongan gaji dah. nak saya bayar sendiri bulan2. mungkin sbb diorang kasihankan slip gaji saya yg ada potongan bayar rumah. Faham dah.

jadi, itulah cerita saya dgn hutang ptptn. saya harap dpt langsaikan 8 ribu lg tu dgn secepat mungkin. nak simpan duit p travel pulak. huhuhu





No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...