Friday, 7 August 2015

Menghitung hari

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

"Ummi, hari dah berapa haribulan?"

7hb sayang. kenapa?

"28 tolak 7, tinggal berapa ummi?'

21.

"lagi 21 hari ja lagi ayah nak p..."


alahai. itu lah nawal. dok kira hari keberangkatan pergi ayah nya. Mcm tahun 2010 dulu, nawal kena tinggal dgn ummi. tahun 2015, kena tinggal dengan ayah pulak.  ummi dulu tinggal nawal dgn ayah je, kali ni ayah tinggal ummi dgn nawal dan 2 org adik.


abg aleh dpt tawaran mengerjakan haji tahun ini. padahal dia baru je mendaftar. nampak tak? mcm mana dia dpt? tak adil la kan? begini.. abg ipar abg leh iaitu abg din (paktam), suami kak mah (maktam) telah ditawarkan utk mengerjakan haji tahun ni. tp beliau kena bwk pengiring seorang sbb beliau OKU (cacat kaki sebelah). pengiring pulak mesti sama jantina dan sihat tubuh badan, Jadi beliau pilih abg leh utk bantu dia sepanjang kerja haji  dan belanja haji yang 10k tu pak tam sponsor. ALHAMDULILLAH. abg leh mesti lah tak tolak offer pak tam. itu lah rezeki abg aleh yg telah ditakdirkan Ilahi. Cumanya abg leh kena kuat dan sabar utk menemani dan menjaga pak tam sepanjang urusan haji dari tanahair hingga ke tanah haram nanti.



pak tam dan abg aleh semasa kursus haji perdana baru-baru ini.

panggilan haji ini adalah panggilan yang istimewa. tidak semua Allah jemput utk jd tetamuNya. 
Beruntunglah mereka yang terpilih dan laksanakanlah kerja haji dgn sebaik mungkin.



tarikh berangkat : 28/8/2015
tarikh pulang : 11/10/2015
hari : 44 hari

Alhamdulillah, anak2 (nawal dan ali) faham yang ayah akan jalan jauh dan lama. ayah nk buat rukun Islam yang ke 5. kena selalu doakan ayah. moga ayah dpt haji yg mabrur dan selamat pulang ke pangkuan kita. cuma nubli tu, skrg ni dia ada penyakit tak boleh tgk ayah dia. dia nampak ayah mulalah menangis2 nak ayah dukung. kira umi pun tak laku la kalau ada ayah. pdhal sebelum2 ni dia dgn ayah dia biasa2 ja. baru je ni dlm 2 minggu ni. agaknya dia pun boleh rasa yg ayah bakal tinggalkan dia. by the time abg leh berangkat nanti, nubli dah masuk 9 bulan. 


mohon doa rakan2 ya. semoga segala urusan abg leh dan pak tam dipermudahkan. semoga yg baik2 saja untuk mereka. tak lama dah, lg 21 hari je lg ni...


bini abg leh tu dah nak nangis dah tu...

3 comments:

zai zamree said...

Alhamdulillah....sronoknya jd abg aleh...

sm kes mcm kami ritu.patutnya mak p dgn besan(mak mertua abg) tp besan mak meninggal plak.abg pon dh jnji nk sponser mak p thn tu jugak tkut hasrat nk p haji x kesampaian sbb umur x pnjg.klau nk tggu turn thn 2016 so dia suruh kami teman.smua sponser.

Moga dipermudahkn urusan abg aleh & kuarga wktu mengerjakn haji nti...amin

shaliza said...

Allahuakbar...rezeki suami Riena..alhmadulillah..insyaallah..Allah ada:-)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam riena,
Alhamdulillah
rezeki :)

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...