Monday, 10 August 2015

bahagia dlm kecewa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya kenal dia tahun 2006 dulu. Masa tu dia baru 18 tahun. Dia belajar di tempat saya bekerja di Ipoh. Saya tak pasti kenapa kami rapat. Dia seorang yang berdikari (tp manja dan cengeng jgk) dan saya selalu rasa senang dgnnya. Sehingga saya berhenti kerja (sempat kerja lebih kurang 4 bulan) hubungan kami masih rapat walaupun dia di Ipoh dan saya di Penang.

saya sayang dia mcm adik saya sendiri.

sehingga lah dia sudah bekerja, kami masih berhubung walaupun tak sekerap dulu. saya selalu ternanti2 bila lah agaknya dia bakal menamatkan zaman gadisnya. Rasa tak sabar nak ke Ipoh utk turut sama meraikan. mmg nak sgt tgk dia kahwin. nak tgk dia berseri2 sebagai pengantin. sbb dulu2 selalu tgk dia dgn gaya tomboi, jeans, kasut dan moto ex5 merah dia tu. agaknya mcm mana la rupa dia dalam rupa pengantin..???


dan baru2 ni, dia whatsapp jemputan kenduri dia. seronoknya saya tak terhingga! tp bila tgk tarikh, terus rasa down dan rasa nak nangis.. tarikh wedding dia sama dgn tarikh kenduri akikah nubli/doa selamat utk abg aleh nanti.

kecewa.

boleh bayangkan tak, perasaan kecewa tu? bila kita dah aim nak pi tp kita tak boleh.

tapi nak marahkan siapa? semua ni dah tertulis sbg takdir dr Ilahi. dah mmg ditakdirkan Allah utk saya tidak dpt bersama2 meraikan hari bahagia dia. sama mcm dia tak dpt hadir hari bahagia saya dulu sbb ada final exam. mmg sesuatu yang tak dpt kita elak.


apapun, doa saya sentiasa mengiringi dia. saya selalu doakan kebahagiaan dia dunia dan akhirat. semoga perkahwinan ini akan membawa dia dan suami hingga ke syurga. amin.


kecewa. tapi GEMBIRA utk dia. selamat pengantin baru Una..

(entry sengaja ditulis disini, sbb dia antara org yg paling setia menjenguk blog saya)


1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam riena,
kiriman doa pun pasti buat dia gembira
:)

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...