Posts

Showing posts from August, 2015

selamat jalan sayang..

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, flight abg aleh (KT31) telah selamat berlepas ke Jeddah jam 6.45 ptg td.  Perasaan saya? bercampur baur..antara sayu dan sebak ditinggalkan, dan gembira sbb suami akan menunaikan rukun Islam yang ke 5. Ianya bakal menyempurnakan dirinya sebagai seorang muslim. Insyaallah.


semalam, masa abg aleh salam2 semua org, salam dgn saya, langsung saya tak rasa nak nangis. saya berjaya kawal emosi dari menitiskan airmata. saya tak nak abg leh tgk saya sedih dan menangis saat pemergian dia.

tp bila dia call tadi saya jd sebak dan rasa nak nangis. haru betui.



bergambar ramai2 satu family. terima kasih semua yang hadir.
nampak ja senyum, dlm hati sobs sobs.. nubli mmg serius sokmo. 

sengih mcm tu sbnarnya malu dipeluk dikhalayak ramai. hahaha. malu org tgk. 

setiap kali tgk pic ni rasa basah mata. i know he loves me lot.
terima kasih anak saudara saya, Najaa yang shoot video masa saya salam abg aleh. Ia akan jd kenangan per…

semakin sayu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam abg aleh balik rumah dgn susu adam dan ali 12 bungkus. Pampes adam 4 bungkus. lepas tu dia bg duit pengasuh dan duit yuran sekolah anak2 siap2 utk 2 bulan. "abg dah setel duit kereta. bil elektrik dan ayaq pun abg dah bayaq lebih. ayg takyah bayaq apa2 nanti."

tiba-tiba saya jd sebak.

dia berusaha menunaikan tanggungjawabnya sebelum peninggalannya Jumaat nanti.

"belanja ayang esok abg bagi.."


Ya Rabbi, permudahkanlah urusan suami ku, lapangkanlah rezekinya, sihatkanlah tubuh badannya, kuatkan imannya dan berilah ketabahan dan kekuatan untuknya..amin amin amin..


sebelum tidur semalam Ali bersuara, "umi, ali sedihla ayah nak p mekah. ali sedih nanti tak jumpa ayah lama2.."


sungguh, kita dah rasa kehilangan wpun hanya utk 44 hari, kita dah sedih sgt. bagaimana kalau kita tahu kita akan kehilangan buat selama-lamanya..??



bahagia dlm kecewa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya kenal dia tahun 2006 dulu. Masa tu dia baru 18 tahun. Dia belajar di tempat saya bekerja di Ipoh. Saya tak pasti kenapa kami rapat. Dia seorang yang berdikari (tp manja dan cengeng jgk) dan saya selalu rasa senang dgnnya. Sehingga saya berhenti kerja (sempat kerja lebih kurang 4 bulan) hubungan kami masih rapat walaupun dia di Ipoh dan saya di Penang.

saya sayang dia mcm adik saya sendiri.

sehingga lah dia sudah bekerja, kami masih berhubung walaupun tak sekerap dulu. saya selalu ternanti2 bila lah agaknya dia bakal menamatkan zaman gadisnya. Rasa tak sabar nak ke Ipoh utk turut sama meraikan. mmg nak sgt tgk dia kahwin. nak tgk dia berseri2 sebagai pengantin. sbb dulu2 selalu tgk dia dgn gaya tomboi, jeans, kasut dan moto ex5 merah dia tu. agaknya mcm mana la rupa dia dalam rupa pengantin..???


dan baru2 ni, dia whatsapp jemputan kenduri dia. seronoknya saya tak terhingga! tp bila tgk tarikh, terus rasa down dan rasa na…

Menghitung hari

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

"Ummi, hari dah berapa haribulan?"

7hb sayang. kenapa?

"28 tolak 7, tinggal berapa ummi?'

21.

"lagi 21 hari ja lagi ayah nak p..."


alahai. itu lah nawal. dok kira hari keberangkatan pergi ayah nya. Mcm tahun 2010 dulu, nawal kena tinggal dgn ummi. tahun 2015, kena tinggal dengan ayah pulak.  ummi dulu tinggal nawal dgn ayah je, kali ni ayah tinggal ummi dgn nawal dan 2 org adik.


abg aleh dpt tawaran mengerjakan haji tahun ini. padahal dia baru je mendaftar. nampak tak? mcm mana dia dpt? tak adil la kan? begini.. abg ipar abg leh iaitu abg din (paktam), suami kak mah (maktam) telah ditawarkan utk mengerjakan haji tahun ni. tp beliau kena bwk pengiring seorang sbb beliau OKU (cacat kaki sebelah). pengiring pulak mesti sama jantina dan sihat tubuh badan, Jadi beliau pilih abg leh utk bantu dia sepanjang kerja haji  dan belanja haji yang 10k tu pak tam sponsor. ALHAMDULILLAH. abg leh mesti lah tak to…