Posts

Showing posts from July, 2015

Positif

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


adakala kita rasa apa yg jadi tu tak sepatutnya jd mcm tu. Kita berpendapat sepatutnya jadi mcm ni, tp yang berlaku adalah mcm tu. kita plan A, tp yang jd adalah B. Lepas tu kita rasa tak puas hati, kita emosi. Kita tetap merasakan plan A kita lebih baik dr Plan B yg telah ditetapkan Tuhan.


Sombongnya kita.


dah lupakah kita, yg kerdipan mata kita pun Allah yg aturkan???


apatah lg perkara2 lain yg berlaku atas diri kita.


Jadi, terima lah segala yg berlaku atas diri kita sebagai takdir dr Allah. kalau benda tu buruk, jadikan sempadan dan pengajaran. kalau benda itu baik, terimalah dgn rasa syukur dan berlapang dada.

Alhamdulillah, atas segala kurnianNya.





cerita raya 2015

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dua hari sebelum raya, abg aleh kehilangan kakaknya yg no 3. kak yah yg tinggal di sik. abg aleh ada 3 org kakak. kak pah yg sulong, kak mah yg tgh dan kak yah yg no 3. kak yah sakit diabetis dan buah pinggang kritikal. mmg sblm ni 10 hari dirawat di hospital alor setar. sebaik pulang ke rumah pd hari selasa jam 4 ptg, kak yah menghembuskan nafasnya yg terakhir di rumah jam 12.30 mlm. Alfatihah buat kak yah. seorang yg sgt baik, suka ketawa, tak suka ckp hal buruk org, rajin mengaji dan menuntut ilmu, dr muda2 zaman anak dara lg dah rajin mengaji, rajin bgn solat mlm, solat2 sunat. mcm dia tahu2 yg dia bakal meninggalkan dunia pd usia 47 tahun. Ya Allah, kita ni, apalah bekal yg kita nak bawak nanti...???

kasihan abg aleh. kehilangan org terdekat pd tahun yg sama. raya ni dia tak berapa gembira. tp dia cuba buat yg terbaik utk kami. biasa cuti raya dia 2 hari saja, kali ni dia cuti sampai 5 hari.takde mood nak kerja katanya.


Salam Aidilfitri 1436/2015

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


raya berlima tahun ni. baju nubli je yg umi beli awal2 lg. baju kakak abg 2 hari nak raya baru beli. hahaha!

seronok nak raya berlima. tp sayu bila kenangkan ibu mertua yg telah tiada. Rindu.

Jadi tahun ni 2 hari sebelum raya dah balik kampung. jauh sgt kg tu.  Kampung Petani. hihihihihi. abg leh kata takmau dok rumah sendri time dekat raya. nanti dia rindu mak.


selamat hari raya semua.
Maaf atas salah silap saya sekeluarga selama ini.
jangan simpan dlm hati ya.


jaga diri. jaga iman. jumpa nanti.


Gambar raya tahun2 lepas. saja nak throwback.

Ali sudah 4 tahun.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
11 Julai 2011. Hari yg sgt membahagiakan saya. 12hb baru saya tau baby yg saya lahirkan kritikal dan peluangnya untuk hidup adalah tipis.

Alhamdulillah, semua tu kami laluinya sbg momen paling memberi makna. byk pengajaran dan pengalaman yang kami kutip sepanjang 11 hari Ali dlm NICU Hosp Sbrg Jaya.



teringat sgt kenangan ni. Merenung ali sambil umi menangis tersedu2. 


ali 4 bulan. bulat!

ali setahun. dah slim skit.

 ali 2 tahun. semakin slim dan semakin panjang akal.



 Ali 3 tahun. semakin cerdik dan lasak.

Ali sudah 4 tahun!! Alhamdulillah atas nikmatNya. Ali sihat sejahtera. jarang2 sekali demam. rasanya setahun nk jumpa sekali dia demam pun susah. cuma selsema dan batuk tp cpt sembuh. syukur sgt2 atas kurniaan ini. nakal dan lasak itu biasa. suka main lawan2 pengaruh ultraman boboiboy. suka jgk menulis mcm kakak. abg yg sgt sayangkan adik wpun suka buli kakak. ada ketika bila saya mrh2 adik dia pulak yg menangis. hahaha! …

Sayang Nubli

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kesian Nubli. jarang2 saya update tentang dia dlm blog ni. apa nak buat, masa dia lahir ummi dlm departmen yg busy memanjang. nak mengarang entry pun susah.

oh ya, nubli dah 7 bulan. berat dia masa 6 bulan adalah 9 kg. boleh meniarap masa 4 bln stgh. bergolek2 masa 6 bulan dan skrg dah boleh menyulur dah. ummi dah ada tukang mop lantai. hahaha! mcm askar dah dok menyuluq.

baru2 ni anak saudara abg aleh dpt baby. kira cucu menakan kami lah. (dah jd toksu dah kami ni. huhuhu) Jd depa dok bincang2 nak panggil apa kat nawal ali nubli ni sbb pangkat mak/pak menakan pupu kan. kesiannya lah kalau nak panggil maklong nawal pakngah ali paksu nubli sbb nampak mcm tua dah bdk2 ni. hahaha! last2 kami decide panggil ja along nawal, angah ali dan achu nubli. so skrg nubli dpt gelaran baru : Achu Li. cute pulak nama tu.

                                                  dikenali sbg seorg baby yg serius. hahaha


 ni posing parking nama dia. …