Wednesday, 3 June 2015

Rindu seorang anak..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Kisah 1.

Pagi itu Salleh keluar awal, jam 8.30 pg dah sampai di Bagan. Dia ke ropewalk utk buat kerja dia, baiki handphone dgn kawannya. Setelah beberapa jam, dah banyak telefon yg dia baiki, dalam jam 11.30 pagi tiba2 dia tersedar. Dia teringat yg dia dah lama tinggal mak kat rumah sbb keluar awal td. Sekarang masa mak mkn tengahari. Lauk utk mak dia belum beli lg. Dia bingkas bangun.

Untuk beberapa saat kemudian, Salleh baru teringat, yang mak dah tiada. Mak baru meninggal dunia 5 hari lepas.


Kisah 2.

Jam 5.30 pg, Nur kejutkan suaminya utk solat subuh. Suami bangun. capai tuala dan terus ke bilik mak. bukan bilik air seperti yang sepatutnya.

"abg cari apa? kain abg ayg dah letak kat bilik."

"abg mimpi mak semalam. saja mai tgk bilik mak. abg rindu."

Kisah 3.

Pagi ni Salleh hantar isterinya ke tempat kerja. Lepas ni dia harus ke Hospital Bukit Mertajam utk appointment dgn doktor.

"dulu2 abg bawak mak check up kat klinik, tak sangka lepas mak takdak abg pulak kena berulang p check up." 

Kisah 4.

Dia jumpa lauk sotong dlm peti ais, "mai mana lauk sotong ni?" tanyanya pd isteri. Isteri jawab,"Ma bg semalam, buat buka posa."

"abg rindu sambal tumis mak."


Kisah 5.

Nur buka laci dashboard kereta suaminya utk simpan brg. Ada anak tudung mak dalam tu. Nur nak ambil dan simpan dlm rumah tp ditegah suaminya.

"biarlah kat situ. bila abg teringat mak abg cium anak tudung mak tu."



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah benar.
Nama betul.
Ayat di olah bg sedap di baca.

Hargailah mereka sebelum kita kehilangan...





5 comments:

zai zamree said...

Allah...cian abg aleh...rindu arwah mak...tetiba mata masuk habuk

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam riena,
sabar yer
AlFatihah

Marziah Zakaria said...

Rina. Nak nangis.

RieNa said...

hanya kenangan dan doa buat pengubat rindu.

shaliza said...

Betul..dah merasainya.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...