Friday, 19 June 2015

1 Ramadhan 1436 - 18 Jun 2015

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

(karang semalam tak sempat siap. sambung hari ni)

Genap sebulan pemergian mak.
mak mertua yg dirindui..

semalam di surau sebelum solat teraweh, pengerusi surau ada memaklumkan tentang pemergian org2 yg selalu mengimarahkan surau. ada 3 org semuanya. 2 org di kalangan muslimin dan seorg di kalangan muslimah. yg seorang itulah ibu mertua saya, hajah maryam bt hashim.

terasa sebak bila cikgu tu sebut,

"sblm ramadan ni, kita telah kehilangan beberapa org jemaah surau yg selalu mai surau di awal
waktu."

sebaknya rasa..

mak dikenali dgn jemaah di surau. dia jarang meninggalkan waktu subuh,maghrib dan isyak dr berjemaah di surau. melainkan dia tak sihat atau pi mana2, mmg setialah dia dgn surau. sepertinya surau itu sebahagian dr hidupnya, tempat beliau beribadah dan bersosial.


mak, anak mak tu termenung masa sahur. dia rindu mak. Ina tau walaupun dia tak cakap.


selamat menghayati bulan ramadhan. semoga amal ibadah kita diterima Allah.

jaga diri semua.

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...