Tuesday, 23 June 2015

anak dara saya.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

23062015.

sudah 6 tahun anak sulong saya. my bestfriend.

 nawal 11 bulan


now she is 6.

apa yg saya perhatikan, dia adalah saya. apa yg saya buat, apa yg saya ckp, byk yg dia contohi. dia ibarat cermin saya. jd kalau ada yg buruk tentang dia, itu adalah dr saya. pheww, risaunya. jd byk yg perlu saya perbaiki utk jd kan dia seorg muslimah yg solehah. itu sgt berat. moga Allah beri kekuatan dan terus beri hidayahNya buat kami. amin.

"Selamat hari lahir nawal. ummi dan ayah selalu doakan nawal. semoga yg baik2 saja untukmu sayang. amin."

cepat benar masa berlalu. sedar2 nanti org mai meminang je. huwaaa~!!


Friday, 19 June 2015

1 Ramadhan 1436 - 18 Jun 2015

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

(karang semalam tak sempat siap. sambung hari ni)

Genap sebulan pemergian mak.
mak mertua yg dirindui..

semalam di surau sebelum solat teraweh, pengerusi surau ada memaklumkan tentang pemergian org2 yg selalu mengimarahkan surau. ada 3 org semuanya. 2 org di kalangan muslimin dan seorg di kalangan muslimah. yg seorang itulah ibu mertua saya, hajah maryam bt hashim.

terasa sebak bila cikgu tu sebut,

"sblm ramadan ni, kita telah kehilangan beberapa org jemaah surau yg selalu mai surau di awal
waktu."

sebaknya rasa..

mak dikenali dgn jemaah di surau. dia jarang meninggalkan waktu subuh,maghrib dan isyak dr berjemaah di surau. melainkan dia tak sihat atau pi mana2, mmg setialah dia dgn surau. sepertinya surau itu sebahagian dr hidupnya, tempat beliau beribadah dan bersosial.


mak, anak mak tu termenung masa sahur. dia rindu mak. Ina tau walaupun dia tak cakap.


selamat menghayati bulan ramadhan. semoga amal ibadah kita diterima Allah.

jaga diri semua.

Wednesday, 3 June 2015

Rindu seorang anak..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Kisah 1.

Pagi itu Salleh keluar awal, jam 8.30 pg dah sampai di Bagan. Dia ke ropewalk utk buat kerja dia, baiki handphone dgn kawannya. Setelah beberapa jam, dah banyak telefon yg dia baiki, dalam jam 11.30 pagi tiba2 dia tersedar. Dia teringat yg dia dah lama tinggal mak kat rumah sbb keluar awal td. Sekarang masa mak mkn tengahari. Lauk utk mak dia belum beli lg. Dia bingkas bangun.

Untuk beberapa saat kemudian, Salleh baru teringat, yang mak dah tiada. Mak baru meninggal dunia 5 hari lepas.


Kisah 2.

Jam 5.30 pg, Nur kejutkan suaminya utk solat subuh. Suami bangun. capai tuala dan terus ke bilik mak. bukan bilik air seperti yang sepatutnya.

"abg cari apa? kain abg ayg dah letak kat bilik."

"abg mimpi mak semalam. saja mai tgk bilik mak. abg rindu."

Kisah 3.

Pagi ni Salleh hantar isterinya ke tempat kerja. Lepas ni dia harus ke Hospital Bukit Mertajam utk appointment dgn doktor.

"dulu2 abg bawak mak check up kat klinik, tak sangka lepas mak takdak abg pulak kena berulang p check up." 

Kisah 4.

Dia jumpa lauk sotong dlm peti ais, "mai mana lauk sotong ni?" tanyanya pd isteri. Isteri jawab,"Ma bg semalam, buat buka posa."

"abg rindu sambal tumis mak."


Kisah 5.

Nur buka laci dashboard kereta suaminya utk simpan brg. Ada anak tudung mak dalam tu. Nur nak ambil dan simpan dlm rumah tp ditegah suaminya.

"biarlah kat situ. bila abg teringat mak abg cium anak tudung mak tu."



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah benar.
Nama betul.
Ayat di olah bg sedap di baca.

Hargailah mereka sebelum kita kehilangan...





Tuesday, 2 June 2015

kalau dah namanya adik beradik...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kalau dah namanya adik beradik..
muka pun sepesen je..




pipi masing2 masa baby..phew. mcm pau.

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...