makin berdebar.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam 20 hb, last check up di Hospital Bukit Mertajam dgn doctor pakar. Beliau telah menitahkan bahawasanya saya perlu serah diri di Hospital Seberang Jaya pd 25hb (selasa) minggu depan.

terus berdebar. rasa peluh dah memercik di dahi.

sebelum2 ni saya aim saya bakal ke hospital pd 27hb, tp bila diawalkan 2 hari, saya rasa unhappy. 2 hari tu mcm besar sgt bezanya. pd hal 2 hari je punnnnnnn...gabra lebih riena nih. entahla. rasa tak bersedia. lama jgk ambik masa pujuk diri sendri, semua yg berlaku ada hikmahnya. lg cepat bersalin, lg cepat habis pantang, lg cepat sihat. lg cepat anak besar. kan? lagipun 2 hari saja. takde bezanya pun. huh!

balik rumah ma. ma ajak ke rumah abg man, kita bedal ayaq nyoq. mlmnya baby aktif sgt. terlebih sronok dpt minum ayaq nyoq kot. masa nak tidur mlm saya termenung panjang. nawal dah lena. ali sedang menyusu. saya duduk di birai katil. Agaknya dia pelik saya termenung lama merenung lantai, ali bangun dan bertanya,"kenapa ummi tak tidoq lg?kenapa ummi tgk lantai lama2?"

dia tak tau, ummi dia merisau. risaukan macam2. saya cuma mampu memeluknya erat.

Allahurabbi, bantulah hambaMu ini..permudahkan segala urusan kami...ameen..

kawan2, doakan kami.


nantikan update terkini minggu depan.

Comments

Z@i Z@mR33 said…
risau nk tinggalkn anak2 ka riena?Insyaallah xda apa2.

Kami ritu bl tau ja kena serah diri trus x pk apa.Pk nk cpt2 bsalin ja.Klau asik pk tkut drh naik plak.Cool ja...tp dlm ati bdebar2 gak
Assalam rina,
semoha segalanya dipermudahkan AMIN

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::