Girls Day Out - Georgetown, Penang

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

selama berkahwin dan beranak 2, rasanya susah sgt nak keluar berpoya2 dgn kawan2 mcm zaman sebelum kawen. ye lah, tak sampai hati nak tinggalkan anak2, tambah2 kalau kecik lg. ada masa sikit ja pun nak luangkan dgn anak2 sbb hari2 pun kerja kan. bkn surirumah. lagi, nak mintak tolong sapa tgk kan?

tapi sejak nawal dan ali makin besar ni, dah cecah 5 thn dan 3 thn, semakin senang nak uruskan dan mudah kalau nak tinggal sbb depa paham dan tak byk songeh. jadi ada kesempatan 16 sept lps (hari malaysia) tu ummi depa boleh keluar meronggeng dgn bestfriends secara solo tanpa suami dan anak2. rasa mcm wahhhhhh mcm ni rasanya berjalan tanpa anak2. ada masa rasa happy, ada masa rasa alahai teringat pulak,kalau ada budak2 ni mesti depa seronok ada kat sini. mcm tu lah, bercampur baur. kebetulan mlm sblm tu anak2 mintak nak bermlm di rumah sepupu depa, rumah kakak ipaq saya. kebetulan cuti sekolah dan anak saudara saya cuti. jd ada org nak melayan depa hari selasa tu. kwn2 saya pulak si Royd dan Wani plan nak makan nasik kandaq Tajudin Hussain di georgetown, jd depa ajak sapa2 yg free join depa. saya pun, eh why not saya ikut jugak sbb anak2 takdak, dan abg aleh pun izinkan (siap pesan bungkuskan nasi lagi,mmg betul2 menyokong ni!). dan tetiba si Sarah pun nak join, dan turut disertai oleh C-fah dan husbandnya Rasyid yg terpaksa ikut jgk sbb birthday bini dia dan tak boleh berenggang. hahaha! jadi lah rombongan cek kiah ke penang seramai 6 org. and guess what? it was so fun and happening!!

kami (saya, sarah, wani dan royd)  berjumpa di hosp seberang jaya jam 1130 sblm sama2 naik kereta wani utk ke Penang. Cfah dan rasyid terus ke penang dr jambatan ke 2. destinasi pertama ialah ke nasik kandar Tajudin Hussain yg dicanangkan kesedapannya oleh Sarah. ye ke sedap?? meh kita try. perut pun dah berkeroncong ni.



konsep kat sini x sama mcm kedai nasik kandaq biasa. kat sini duduk di meja dan anney akan amik order. order la apa hangpa suka. menu popular kat sini ayam msk ros, kurma kambing, kari ayam dan menu2 nasi kandaq yg lain2.



 nin diaaaaa...kami serahkan pd pakar (sarah) utk order apa yg best. dan dia penuh semangat order penuh meja termasuk kari kaki kambing!


makanan dah sampai. semua senyap x bunyi apa. pastu berebut lauk. pastu licin! mmg sedap lauk2 kat sini. serius sedap! teringat2 pulak kaki kambing tu.


ok dah kenyang. gambaq kenangan di depan kedai tgh rembang jam 1245 tgh hari. terima kasih pd penaja lunch kita. moga murah rezeki dan diberkati Allah sentiasa. amin. 

next .. solat zohor dulu kat Masjid Acheh di jalan Lebuh Acheh. lupa nak amik gambaq kat sini. kebersihan dan kekemasan sgn tip top. toilet bersih gilaaaa...rupanya ini salah satu bangunan warisan di Pulau Pinang jd mmg sgt terjaga kebersihannya. Alhamdulillah. baguslah mcm tu. patut di amalkan oleh semua masjid2 tak kira warisan ke tak. huhuhu

                                                
mural di boleh didapati di lokasi berdepan masjid acheh. 

seterusnya, kami teringin nak masuk muzium 3D yg org amik gambaq cantik2 kat lukisan tu. so pusing2 lah kami cari sampai jumpa.
 mural di kopitiam depan muzium 3d tu.

hah, inilah tempatnya. sebenarnya ada 2 muzium yg ada lukisan 3d ni, satu lg di depan jetty. tp kami masuk yg dekat sini. Penang Time Tunnel, di Jalan Green Hall, Georgetown. Tiket berharga RM14 seorang. maklumat lanjut boleh tgk kat sini : http://pinaontimetunnel.com/

kat luar nampak kecik je, bila masuk dalam, mak aiii...luas dan berliku. hehehe . ada sejarah Pulau Pinang dr zaman 1800 sehinggalah sekarang. mmg best. 


antara gambar di dalam muzium kecil tp besar ni.




lepas je semua penceritaan dalam muzium, xpdc di teruskan dgn amik gambar di mural2 di dinding. part ni mmg best. kena pulak dgn org2 yg happening dan sporting. pastikan battery penuh ok! tutup segala data plan utk jimat bateri. hehehe

 hai mr bean!

cubaan nk jd rama2

 muka ni mcm lee chong wei, tp kenapa dia main takraw??

 naik basikal dgn lim guan eng.


 zam zam alakazam dgn p. ramlee.


 BFF. lebiu.


 " kopi ni mcm masin skit, letak garam ke?" kata cik kambing.

 taraaaa! cubaan bt magic.

 amboi amboi rasyid asyik kena korek telinga. hehe

 berlakon..

 royd mcm budak sekolah form 5. selimmmmmm~!!

 cantik kan???




 jaga-jaga ada boya!!!


 best kan???

kami masuk jam 1.50 pm dan keluar jam 3.30 ptg. mmg puas hati. wpun saya lenguh2 kaki tp diam2 ja sbb tak nak kawan2 kesian kat saya. hahaha! ye la semua sehat dan fit saya ja ibu mengandung 28 minggu.

lps tu kami menuju ke padang kota. time for coconut shake and mee sotong, yeayyy!!!


slurpppp!! sedap baq hanggg!

mee goreng sotong.
nyummm nyummmmm!!

 ABC to XYZ. hehehe


 tgk org hujung tu, dia dok aim gambaq mee. hahahah!


terima kasih kepada penaja. semoga murah rezeki dan dipermudahkan SEGALA urusan. ameeennnn~!!



ok, time to go home. sedaq diri sama, kat rumah ada suami dan anak2 menunggu. hahaha!

thanx friends. u know how much i love u and our friendship. moga kita dpt buat mcm ni lagi dgn lebih ramai peserta (dan penaja!) hahaha










Comments

Z@i Z@mR33 said…
kami teringin nk p smpai la x smpai2 lg.dok plan dgn kwn2 tp bl xtau nk smpai
CikSiti said…
sakan bergambar ye you all..
eh zai nak pegi ajaklah kite sekali..kita xtau jalan2 kat penang ni huhu

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...