Tuesday, 1 July 2014

kali pertama.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Aisyah Nawal baru genap usianya 5 tahun. saya dan abg aleh masih belum bersedia nak suruh dia berpuasa. kecik lg kot. tp ada jugak tanyakan dia samada dia nak puasa ke tak, sbb dia faham apa itu puasa. tinggalnya dia tak yakin dia boleh tahan lapar ke tidak. jd sejak hari ahad setiap mlm saya tanyakan dia nak puasa tak? kalau nak puasa ummi nak kejutkan sahur. dia ckp ok, nawal nak cuba.

pd hari pertama dan kedua tu, saya kejutkan dia utk sahur tp dia tak sedar. saya pun tak lah sungguh2 sgt kejutkan dia. tp pg td saya agak sungguh2 kejutkan dia sampai dia bangun. wpun dia merengek2 mengantuk. dia ckp oklah nawal makan tp nak mkn 3 kali saja (maksudnya 3 suap saja). bila dah habis sepinggan saya suapkan dia, (lebih dr 10 suap), nawal mintak tambah nasik. eh, ini dah lain mcm..hahaha! dia kat sedap sgt umi masak. (padahal ayam goreng kicap je. hahaha! air tgn ibu lah katakan..)

hantar dia ke sekolah jam 8. saya pesan pd cikgu2 dan makcik pengasuh dia, kalau dia mintak nak mkn, atau nampak dia lembik sgt, suruhlah dia berbuka. saya tak paksa dia puasa sampai maghrib. tp, saya tak ajar dia utk puasa setengah hari. konsep saya, selagi nawal larat dan kuat, nawal puasa sampai waktu berbuka nanti.

pukul 3 ptg, sya call tadika, tanya khabar nawal. kata cikgunya, " nawal puasa lg kak. dia takmau makan wpun cikgu tanya. dia ok ja. tu dia tgh tidoq." saya ni dah terkagum2. saya tak sangka dia mampu bertahan sampai jam 3. saya rasa masa mkn tgh hari mesti dia buka puasa sbb tak tahan tgk kwn2 dia makan. rupanya sangkaan saya meleset.

pukul 6.30, saya call abg aleh, tanya mcm mana dgn nawal, sbb saya kerja ptg, tak dapat berbuka sama2. ayahnya yg ambil di di sekolah.

"nawal ok ja yang, posa lg. abg kat padang serai ni, bawak depa mai kedai sat." huihhh..biaq betui??!! nawal masih tak berbuka lg?? saya tanya nawal, dia ckp dia tak lapaq nasik. dia cuma lapaq ayaq. dahagalah tu..kesiannn..

pukul 8 mlm, saya call lg. (gelabah betui ummi nawal ni..)

ummi : mcm mana nawal rasa puasa hari ni?

nawal : ok, tp nawal tak larat saja. nawal lenguh tgn. lenguh kaki. abih satu badan nawal lenguh.

HAHAHAHAHAHAHAH!!

gelak besar ummi. terus ummi suruh dia solat. sbb sia2 ja nawal puasa kalau tak solat. nk Allah sayang kena solat, puasa, buat baik, baru boleh masuk syurga...

well done nawal. good job. semoga nawal terus cekal berpuasa sampai akhir hayat. amin.

baru hari ke 3. dan kali pertama utk nawal. lets see tomorrow and day after.  hahahaha

muka budak posa 1st day.



1 comment:

.Edi.Jie. said...

Gud job umie riena n akak nawal...
kuat ni..

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...