Posts

Showing posts from July, 2014

What a gloomy day..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam, dalam jam 11 baru berjaya menidurkan anak2. saya pun turut serta beberapa minit kemudian. dalam jam 12.35 pg, saya terjaga nak ke toilet. selesai urusan, saja tgk handphone nak cabut dr charger. terbuka whatsapp dr kawan2. dan seterusnya air bergenang di kolam mata...


Allahurabbi..

satu demi satu ujian dan musibah Kau berikan kpd kami..sesungguhnya Kau yg Maha Mengetahui atas setiap sesuatu. tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Mu ya Allah..kami mohon Ya Rabbi, ampunkanlah segala dosa2 kami..berikanlah kami hidayahMu..jauhkan kami dari segala musibah..selamatkan kami dari segala kejahatan manusia..Ya Allah, hanya padaMu tempat kami meminta dan hanya padaMu kami memohon perlindungan...ameen...


sampai saat ini, saya masih rasa terganggu...apatah lg keluarga mereka yang terlibat..moga mereka tabah. amin.


#MH17

dah rasa.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

at 19 weeks, i can feel my baby moving inside. rasa mcm beralun. tgh berjoget kot. hahaha

19 ramadan dah hari ni. rasa tak seronok pulak.

Ali Nufail is 3~!!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sebelum ambil takaful Ali 3 bulan lps, dia perlukan medical report disebabkan masalah kesihatan dia sejurus selepas dilahirkan 3 tahun lepas.. bila dibaca balik medical report Ali, sebak dan sayu terasa. mata bergenang air mata. besarnya kuasaMu Ya Rabbi..

ini antara petikan medical report Ali,

"Ali Nufail first came into our attention when he was referred  to us post delivery for respiratory distress. he was delivered term at 39 weeks gestation via spontaneous vaginal delivery weighing 3.42 kg. his apgar score was 8 at 1 minute. his mother had gestational diabetis mellitus on diet control but no pregnancy induced hypertension or risk of sepsis. her infective screening was non-reactive. following delivery, he developed respiratory distress and was intubated at 2 hours of life. he required high ventilator settings and was ventilated for 8 days. he was treated as primary persistent pulmonary hypertension of newborn as he r…

18 weeks.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

rasa sekejap masa berlalu. pejam celik kandungan saya sudah 18 minggu hari ini.  dan seperti yang dijangka, saya adalah GDM, mcm saya pregnantkan Ali dulu. sebelum minum air gula result saya 4.7 lps minum air gula result mencanak naik 10.5. so apa lg, berulang lah ke klinik utk proses seterusnya. tp alhamdulillah, result BSP tidak merisaukan. result masih normal. so saya cuma perlu diet control, tanpa suntikan insulin. Alhamdulillah. saya paling risau kena main cucuk2 diri sendri ni. huwaaa! moga sejahtera sehingga akhir, amin. lps ni cuma pantau dgn BSP pd setiap bulan.insyaallah.

puasa pun saya lalui dengan baik, takde alahan yg teruk2, takde rasa nak muntah teruk2, skit2 tu adalah. saya amalkan bersahur dgn kurma (selain nasi), sekurg2nya 3 biji. baru bertenaga. ada sehari tu saya x sempat nak mkn kurma, seharian lemah tak bermaya.  so mmg kena peruntukkan masa utk habiskan 3 biji kurma dan 3 gelas air kosong. Alhamdulill…

another new baby in the house~!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni dah 10 ramadhan. tak sempat nak cerita yg saya baru menimang anak saudara baru sehari sebelum ramadhan, iaitu pd 28 Jun lps. anak ketiga abg lan dan kak mah, baby boy, dgn berat 2.42 kg. alhamdulillah, ibu dan baby sehat2 saja.


dear baby Ameer bin Azlan,
Acik dan pakcik doakan segala kebaikan dan rahmat Allah buatmu sayang. semoga membesar sebagai anak soleh yang membahagiakan ibu dan ayah. amin...
sayang dr, Acik & Pakcik Leh.
heh, ramai baby thn ni. dah 14 org anak saudara saya. yg sulong dah 24 thn yg paling kecik usia 10 hari. dan perlahan2 sebenarnya kita pun semakin berusia.

malu kat anak.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya dah kata, belum tentu lg nawal akan puasa lagi hari ni. sbbnya semalam dia tidor lewat. jd nak kejutkan sahur pg ni sgtlah susahnya. bila dia berjaya sampai kat meja makan dia tak nak mkn apa2. katanya dia tak lapar, mcm mana nak makan.  jd ayahnya memutuskan bahawa nawal tak payah la puasa hari ni. esok pulak, tp kena tidor awal.jgn buat mcm ni lagi.

semalam, blk dr kerja dah hampir jam 11 mlm. saya berbual2 dgn dia tentang hari dia semalam. dia cakap ada kawan dia puasa, kawan dia tu la yg bg semangat kat dia. jgn berbuka, malu lah..kita puasa2 sama2 sampai habis. itulah cerita dia.



maluuu oiiii..ummi dulu darjah 1, darjah 2 dok curi2 minum air paip lg. huwaaa~!!!

kali pertama.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Aisyah Nawal baru genap usianya 5 tahun. saya dan abg aleh masih belum bersedia nak suruh dia berpuasa. kecik lg kot. tp ada jugak tanyakan dia samada dia nak puasa ke tak, sbb dia faham apa itu puasa. tinggalnya dia tak yakin dia boleh tahan lapar ke tidak. jd sejak hari ahad setiap mlm saya tanyakan dia nak puasa tak? kalau nak puasa ummi nak kejutkan sahur. dia ckp ok, nawal nak cuba.

pd hari pertama dan kedua tu, saya kejutkan dia utk sahur tp dia tak sedar. saya pun tak lah sungguh2 sgt kejutkan dia. tp pg td saya agak sungguh2 kejutkan dia sampai dia bangun. wpun dia merengek2 mengantuk. dia ckp oklah nawal makan tp nak mkn 3 kali saja (maksudnya 3 suap saja). bila dah habis sepinggan saya suapkan dia, (lebih dr 10 suap), nawal mintak tambah nasik. eh, ini dah lain mcm..hahaha! dia kat sedap sgt umi masak. (padahal ayam goreng kicap je. hahaha! air tgn ibu lah katakan..)

hantar dia ke sekolah jam 8. saya pesan pd cikgu…