Posts

Showing posts from June, 2014

Ramadhan, ahlan wasahlan!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

rasa excited menanti ketibaan ramadhan. saya sukakan suasana bulan ramadhan. saya tahu saya akan jd 'lain dr rutin biasa' setiap kali ramadhan. sbb tu saya suka.





jumpa lg nanti!


Nawal is 5 ~!!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


23062014
Aisyah Nawal sudah 5 tahun.
tp manjanya mcm budak 2 tahun.
kalau dengan saya nak saya pakaikan baju lps mandi.
nak saya suapkan makan.

nak saya tepuk sebelum tidor.
mengada-ngada kan?
mmg manja sgt skrg ni.
nampak matang kalau time berbual saja. dengan berbualnya, dgn soalan2 nya, masa tu nampak dia matang.


apapun nawal, kamu adalah kebahagiaan ummi. terima kasih sbb jd anak yang baik sepanjang 5 tahun ini. dan terus menjadi anak yang baik sepanjang hayat. amin.

selamat hari lahir, Nawal.
semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. amin.



kena ambik neb. sbb batuk berkahak.

here we go~!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


ini ahli rombongan ke Bandung/Bogor bulan Jun 2013. dr kiri kakak, (suami isteri tuan punya motel), abg Pi, ayah wan, ma dan saya. Duduk dr kiri (lupa nama,agen), syaza, abg man dan (lupa nama jgk, pak supir). semua 7 org.

dan bulan Jun tahun ini, kita ke tempat lain pulak. ngehehe..ahli rombongan bertambah dr 7 org menjadi 11 org. kakak sekeluarga (kecuali syaza dia ada test padan muka takleh ikut), saya dan anak2 (tanpa suami yg tak boleh tutup kedai huwaaa!) dan abg man ( mana2 org nak p semua dia nak ikut. haha).  moga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan kali ini dpt memberikan sesuatu yg bermakna. insyaallah. amin.





doakan kami. nanti dah balik kita cerita. tu pun kena doa jgk supaya saya rajin. sbb yg p bandung saya tak rajin. hahahahaha

New baby in the house

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


alhamdulillah, abg saya telah menimang cahaya mata ke dua nya hari selasa 3Jun lepas. seorang bayi lelaki seberat 2.7 kg yg dinamakan Muhammad Ashraf Wajdi.

Arissa Syuhada sudah punya adik. yeay! alhamdulillah, kak ida kak ipaq saya pun nampak sihat dan cergas selepas melahirkan.

nah, tunjuk gambaq kaki saja. hehehe


dear baby Ahmad Ashraf Wajdi bin Ahmad Adzhan, (mak aii panjangnya namaaaa)
Acik dan pakcik doakan segala kebaikan dan rahmat Allah buatmu sayang. semoga membesar dengan sihat dan sempurna. amin...
sayang dr, Acik & Pakcik Leh.