rahsia dah pecah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

(entry ini ditulis pd 7 april, tp sengaja di publish lambat. )

Kejadian 6 April 2014.
mlm td nawal pening. sejak kami di kedai makan sempena celebrate bday saya lg dia dah mengadu yg dia pening. saya pulak seharian x buat apa2. asyik tidur saja. rasa lemah2 badan. nawal pening dr sampai kedai mkn jam 10 mlm sampai nak tidur mlm smlm jam 12 mlm. aneh rasanya sbb dia tak pernah pening.

saya pulak syak sesuatu telah berlaku terhadap diri saya. period dah lewat 8 hari. saya sms abg aleh minta dia belikan UPT. dia balik saya terus ajak dia keluar mkn. "tak nak test dulu ke?" katanya. tak boleh. saya dah lapar tahap gaban.

balik dr makan, nawal pening terus baring. saya pulak nak masuk toilet sambil bawa UPT. nawal tanya,"apa benda tu umi?" ohh..ini ubat sakit perut.

keluar dr toilet, saya senyum. abg aleh dah paham. dia ckp tahniah. seronok sgt dia. berkali2 dia lafazkan alhamdulillah. nawal tanya kenapa? abg aleh bg isyarat suruh saya rahsiakan dulu dr sesiapa, hatta ibu2 kami. tunggulah nanti bila perut dah takleh sorokkan. jd saya jwb kat nawal, "ummi dah tak sakit perut, dah sapu ubat td."



Allahuakbar, ummi yg pregnant, anak sulong dia yg pening. sayang betui anak ummi kat ummi. kesian nawal.

Ya Rabbi, sejahterakan kami semua...amin...

saya cuma berwhatsapp dgn noorihan, bgtau keadaan saya. selesa skit dgn  sbb dia dah beranak 4. dia yg laju2 suruh saya cek UPT. taktaulah boleh simpan rahsia ni selama mana. saya ni susah skit nak sorok berita gembira.

pg ni rasa pening dan meloya. amboih,bila tau pregnant terus dtg penyakitnya. sebelum ni ok je pun. alahaiiiii...



Comments

Z@i Z@mR33 said…
Alhamdulillah....syoknya test UPT trus naik 2 line.kami ritu test sndiri xda.p klinik br la nek 2 line
.Edi.Jie. said…
Tahniah riena...another khalifah on da way..insyaAllah...
RieNa said…
insyaallah, amin..

thanx zai, jie..
kinna said…
congrats k riena..saya lewat jugak haritu..tp xberhasil..tatau la nak kata suka ka duka..hehe
Thara said…
kak rienaaaa! tiqah baru perasan entry niiii (gara2 lama dah tinggal blogging world :P)

tahniah kak riena! syukur, alhamdulillah! :D

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...