marah. sedih. ceria. muram.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam teruk nawal kena marah dgn saya. mana tidaknya, dia mengadap cerita Frozen tu dgn Ali dr jam 7 petang sampai 10 malam. lps habis repeat lg. berhenti sekejap utk makan saja,tu pun sbb dia lapaq. cuba kalau dia tak lapaq? mmg non stop lah.

jadi saya tegur lah. saya kata sudah-sudahlah tu..nawal langsung tak solat dgn umi, langsung tak menulis dan mewarna mcm selalu, tak baca iqra..kenapa dgn nawal ni? nak jd apa? mengadap ja princess tu sampai tak buat apa2 langsung.

dan dia menangis. marahkan saya balik sbb tak bg dia tgk frozen. merajuk dan merintih dlm bilik. ayahnya pujuk pun tak jalan. asyik2 ulang "ummi tu tak bg nawal tgk frozen.." dia menangis sampai terlena..

saya yg sedia maklum asal malam ja saya dah capek mcm kerja kontrak buat rumah, masa nak tidor terpandang nawal yg dah lelap, tanpa ucapan 'selamat mlm ummi' spt biasa, tanpa ciuman dan pelukan erat sebelum tidor, tanpa bacaan doa tidor sama2. dan saya sedih. dan basah mata. rasa menyesal marahkan dia..

pagi ni, saya kejutkan dia paling lembut, saya harap dia dah ok. tp matanya bengkak akibat menangis semalam. kesian.

saya tanya dia : nawal marah ummi lg?

nawal : (geleng) nanti balik ptg nawal nk tgk frozen sat saja. lps tu nawal nak solat dgn ummi.pastu umi ajaq nawal iqra ya..

ummi : alhamdulillah..baik nawal sayang...

there is no perfect parents. tapi kita boleh cuba sedaya upaya. moga Allah permudahkan kita dan beri hidayah utk kita dlm mendidik anak2..


maafkan ummi anak2. ummi mood swings..

(saya cuma bercerita tentang pregnant ni dlm blog saja. tidak di media sosial yg lain. so syyyy..kita cerita2 kat sini saja ya..? baru 9 minggu..doakan saya dan baby inside baik2 saja. amin) 

Comments

Z@i Z@mR33 said…
Amin...moga xda alahan yg teruk2
shaliza said…
selalu jadi macam tu...lost control..bila tengok muka anak mula la nak menyesal...huhu. Ya..cuba jadi yang terbaik dan termampu untuk anak2...Tahniah untuk yang ke-3:-)
Salam,

Amboi senyap2, tahniah na..moga dipermudahkan perjalanan 40 minggu.Moga semuanya selamat hingga melahirkan:)ameen
ct sarah said…
alhamdulillah...tahniah ya...

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...