Tuesday, 27 May 2014

cerita konvo naja.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

 anak sedara saya ni jarang2 bertemu. mcm lah duduk jauh sgt. tp sayang sgt kat dia. dia kata dia selalu baca blog ni. ye lah tu..buktikan naja, buktikan~!! hahahaha

18 mei lepas dia telah selamat diijabkabulkan berkonvo di UiTM Shah Alam, selesai sudah diplomanya. sekarang sedang sambung ijazah pulak di UiTM Kedah. walaupun amik diploma di kedah tetap kena konvo di shah alam, nasib lah sbb uitm kedah belum autonomi lg. uitm p.pinang sudah, sbb tu kak nik dulu dia konvo kat sini saja.

selesai berkursus di shah alam dr 14-16hb, saya tak terus pulang ke penang, setelah mendapat green light dr boss besar aka abg aleh, saya stay di bangi sbb nak turut sama meraikan konvo naja.  entah nanti masa dia konvo degree nanti saya dapat hadir ke tidak, jd baiklah kita usahakan siap2.


keluarga abg man saya. dr kiri Aqil, kak ilah, naja, abg man dan nadia. azzam yg sulong tak dpt hadir.

 gambar ni nawal yang ambik. naja dan keluarga ibu. dr kiri abg cik renjong, kak long tembam, ibu aka kakak sulong saya, naja, aqil adik naja, ayahlong, kak nik poyo. di depan si ili manja.
ali si sebuk kat depan.


 ni pun nawal ambik. senget habis.

  dengan acik yg best. muahahaha!




Dear Najaa,
acik doakan Najaa terus tabah menghadapi cabaran hidup. dugaan setiap manusia ni tak sama. dan Allah bg ujian pd manusia sesuai dengan kemampuannya. Teruskan jd anak yg baik dan solehah buat mak abah, perbaiki diri, jaga solat dan pergaulan, insyaallah, Allah akan melindungi dan merahmati Najaa dunia dan akhirat. Semoga berjaya dan cemerlang atas setiap langkah Najaa. amin..
i luv u.
from,
Acik.



No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...