Posts

Showing posts from May, 2014

bermulalah rutin...

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ini, cukup 12 weeks. ambik masa utk buat kad merah. malas betul nak start benda ni, sbb nanti kena menunggu lama, lps tu nanti pi check up tetiap bulan, kena minum air gula dan bla bla bla...tp kena ingat, ini semua nikmat. bukan semua org akan lalui fasa ini. jd bersyukurlah. jadi saya lalui hari ini dengan rasa ikhlas, berlapang dada dan langsung tak merungut, demi kebaikan baby dan saya. amin.

sampai klinik jam 7.45 pg, setel semua jam 11.45 pagi. pheww~!!



terima kasih adik nurse atas tulisan tgn yg cantik. 

dan teng te reng...MGTT test. hanya org yg pernah melaluinya yg paham bagaimana rasa ketika minum air gula tu..(baru terbayang dah rasa nak muntah. huhu)
so, mari kita nantikan tarikh 11/6 tu dgn debar di dada.

doakan saya dan baby baik2 saja. amin.

cerita konvo naja.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

 anak sedara saya ni jarang2 bertemu. mcm lah duduk jauh sgt. tp sayang sgt kat dia. dia kata dia selalu baca blog ni. ye lah tu..buktikan naja, buktikan~!! hahahaha

18 mei lepas dia telah selamat diijabkabulkan berkonvo di UiTM Shah Alam, selesai sudah diplomanya. sekarang sedang sambung ijazah pulak di UiTM Kedah. walaupun amik diploma di kedah tetap kena konvo di shah alam, nasib lah sbb uitm kedah belum autonomi lg. uitm p.pinang sudah, sbb tu kak nik dulu dia konvo kat sini saja.

selesai berkursus di shah alam dr 14-16hb, saya tak terus pulang ke penang, setelah mendapat green light dr boss besar aka abg aleh, saya stay di bangi sbb nak turut sama meraikan konvo naja.  entah nanti masa dia konvo degree nanti saya dapat hadir ke tidak, jd baiklah kita usahakan siap2.


keluarga abg man saya. dr kiri Aqil, kak ilah, naja, abg man dan nadia. azzam yg sulong tak dpt hadir.
 gambar ni nawal yang ambik. naja dan keluarga ibu. d…

rahsia dah pecah.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

(entry ini ditulis pd 7 april, tp sengaja di publish lambat. )

Kejadian 6 April 2014.
mlm td nawal pening. sejak kami di kedai makan sempena celebrate bday saya lg dia dah mengadu yg dia pening. saya pulak seharian x buat apa2. asyik tidur saja. rasa lemah2 badan. nawal pening dr sampai kedai mkn jam 10 mlm sampai nak tidur mlm smlm jam 12 mlm. aneh rasanya sbb dia tak pernah pening.

saya pulak syak sesuatu telah berlaku terhadap diri saya. period dah lewat 8 hari. saya sms abg aleh minta dia belikan UPT. dia balik saya terus ajak dia keluar mkn. "tak nak test dulu ke?" katanya. tak boleh. saya dah lapar tahap gaban.

balik dr makan, nawal pening terus baring. saya pulak nak masuk toilet sambil bawa UPT. nawal tanya,"apa benda tu umi?" ohh..ini ubat sakit perut.

keluar dr toilet, saya senyum. abg aleh dah paham. dia ckp tahniah. seronok sgt dia. berkali2 dia lafazkan alhamdulillah. nawal tanya kenapa? abg a…

6 TAHUN.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


23052008 - 23052014
6 tahun.
dengan 2 permata hati.
Insyaallah, bakal bertambah hujung tahun nanti.
Amin.

Doakan kami.
untuk kekal sabar dan tabah berdepan ujian dan cabaran..
untuk kekal berkasih sayang hingga ke hujung..
untuk kekal saling hormat dan memahami..
untuk kekal bertoleransi..
untuk kekal berkerjasama..
demi sebuah rumahtangga yang harmoni..


semoga kami..
semakin bertambah iman dan amal..
semakin bertambah ilmu dan rezeki..
(bukan semakin bertambah bini si suami..hohoho)
semakin bertambah kasih sayang dan cinta sejati...
demi menjejak syurga yang abadi...
Amin..

Abang,

i love u.



kursus bawak anak

Image
Saya mai shah alam selasa kemarin, dgn bas uitm dgn 13 org lg kawan2 sepejabat. Ada bengkel selama 3 hari bermula hari ni hingga jumaat nanti.
Yg best, saya bwk anak2 sekali naik bas. Excited budak2 tu bila bgtau nak bwk ke KL dgn bas. Tp dah kautim awal2 yg dorang kena stay kat rumah ibu (kakak saya) di bangi. Tak boleh duduk dgn ummi. Alhamdulillah semua baik2 saja wpun awal2 masa nak tinggal tu nawal bt drama rindu ummi. Alahai, manja betui si kakak tu.
Skrg dah jam 5.45 ptg. Umi dah boring tanpa anak2. Takpa2 kita amik masa ini utk rehat seketika (walaupun rindu mcm hapa2).


depa dok rumah ibu ok je..

khusyuk mentelaah whatsapp.

Kenduri Lya & Din

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Alhamdullilah, selesai sudah majlis pernikahan dan perkahwinan anak saudara abg aleh, Awalia dan pilihan hatinya Najmuddin. semua berjalan seperti yg dirancang. nawal cukup manja dgn kak lia ni. kalau jumpa mmg duduk berkepit ja. sbb lia ni dia tak menyakat budak. dia pandai memujuk. kalau org lain tu kadang2 suka menyakat bg budak2 menangis. 
majlis berlangsung di dewan sekolah rendah pokok sena kepala batas pd ahad lepas, 4 mei 2014.
kita tgk gambaq je lah. 

gambaq wajib. kami sekeluarga dgn pengantin.

anak2 berselipar jepun je. ummi mmg selamba.


dua beradik yg bila baik tu baik sgt bila gaduh mcm perang.


dan laki bini.
ok, tu je. babai.

marah. sedih. ceria. muram.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam teruk nawal kena marah dgn saya. mana tidaknya, dia mengadap cerita Frozen tu dgn Ali dr jam 7 petang sampai 10 malam. lps habis repeat lg. berhenti sekejap utk makan saja,tu pun sbb dia lapaq. cuba kalau dia tak lapaq? mmg non stop lah.

jadi saya tegur lah. saya kata sudah-sudahlah tu..nawal langsung tak solat dgn umi, langsung tak menulis dan mewarna mcm selalu, tak baca iqra..kenapa dgn nawal ni? nak jd apa? mengadap ja princess tu sampai tak buat apa2 langsung.

dan dia menangis. marahkan saya balik sbb tak bg dia tgk frozen. merajuk dan merintih dlm bilik. ayahnya pujuk pun tak jalan. asyik2 ulang "ummi tu tak bg nawal tgk frozen.." dia menangis sampai terlena..

saya yg sedia maklum asal malam ja saya dah capek mcm kerja kontrak buat rumah, masa nak tidor terpandang nawal yg dah lelap, tanpa ucapan 'selamat mlm ummi' spt biasa, tanpa ciuman dan pelukan erat sebelum tidor, tanpa bacaan doa tidor …