Thursday, 3 April 2014

3 hari tanpa botol

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Aisyah Nawal bakal mencecah 5 tahun bulan Jun nanti. dia bebas lampin waktu siang ketika berusia 2 tahun 6 bulan. Mungkin sbb dia ada adik, so prosesnya cepat sikit dan mudah pulak tu. Dan ketika usianya 4 tahun 4 bulan dia bebas lampin waktu tidur malam. tu pun saya tak ajar, dia sendiri yang tak nak pakai pampes, masa tu kat wad,  nak tidur mlm tu dia bgtau tak nak pakai pampes,kalau dia nak kencing nanti dia kejutkan saya. saya agak ragu2 sbb kalau dia 'ter'kencing susah oiiiii atas katil hospital tu. tp takpa, kita yakin dan doa saja, alhamdulillah semua baik2 saja. keluar wad pun dia dah biasa utk kejutkan saya kalau nak ke tandas waktu malam.

cuma yg buat saya runsing dia masih berbotol susu. dah puas pujuk, bercerita tp mcm tak mkn saman. tambah2 adiknya Ali masih lg berbotol, so dia rasa apa salahnya kalau dia berbotol jugak? sehinggalah hari selasa lepas, saya kerja malam, so nawal dan ali tokma tolong jagakan sementara saya balik jam 1030 mlm. rupanya sejak balik dr tadika ptg td Nawal bgtau yg dia minum susu dalam mug, sbb tokma suruh. tokma kata nawal dah besaq, dah cerdik, bkn mcm ali, kecik lg.  ummi pun ckp mcm tu, tp kenapa nawal tak dengaq pun? dia senyum2 saja. rupanya nasihat tokma lg berkesan dr motivasi ummi. haihhhh

so oklah, tak kisahlah sapa yg motivated nawal, asalkan nawal tak minum susu dengan botol lg.

masuk hari ini, dah 3 hari dia tidak berbotol susu. balik sekolah semalam ada la sikit drama dia mintak nak botol jgk, katanya kalau nawal minum dalam cawan adik pun kena minum cawan jgk. eh main ugut2 pulak. yg si Ali melompat2 nak susu dalam botol. last2 saya cakap nak call tokma, habaq nawal nak minum botol, aikkk, dia terus senyap, "ok2, nawal minum dalam cawan.." - muka sedih tak terkira. saya called jugak ma, bgtau nawal minum dlm cawan,puji2 nawal kat ma di depan nawal, lepas tu pegi jauh skit agak2 nawal tak dengar terus saya cerita perangai nawal yg sebut nama tokma terus nak minum cawan.

haih, cerita pasal anak minum dalam cawan pun sampai 3 perenggan. susah kot nak train, Allah bg saya mudah kot lain,susah kot lain. adil lah kan..?

jd saya dan ayahnya dah berjanji, kalau nawal tak minum botol susu cukup 7 hari nanti ummi ayah bg hadiah. nawal nak apa? tau apa dia mintak? buku kaler, kaler pensil, pemadam dan pengasah. pheww! lega. ummi ingat nawal nak mintak set barbie doll. syukur alhamdulillah. hahahahaha!


ok, habis cerita nawal, sekarang cerita ali pulak. dia bakal 3 tahun bulan 7 nanti. masih berbotol susu dan berlampin siang malam. yg ni susah sikit nak train diaper free. adoi. mencabar. dia kencing depan pintu rumah, paling tak tahan kencing dlm bilik tidur ummi. kalau bercakap pandai sgt, nak kencing boleh pulak malu nak ckp. untunglah belum ada adik lg, so ummi tak bersungguh sgt nak train ali, pampes pun ayah beli sebulan sekali saja. 


ok habis cerita. tunggu lg 3 bulan baru cerita lg. hahahaha




1 comment:

Z@i Z@mR33 said...

naseb la mnta hadiah buku kaler semua tu kan.klau mnta hat mahai2 jenuh la...jenuh la

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...