Posts

Showing posts from April, 2014

serba tak kena.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mengadap pc, pening.
mengadap buku, loya.
mengadap phone, berpinar mata.
termenung jauh, ok feel better.

habis tu bila nak siap kerja ni..???

Ya rabbi, permudahkanlah..amin.

cerita pelam harum manis.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mempelam harum manis. sedap sgt. manis gila. dan mahal jugak. sekilo dlm rm24.



kakak memang lagu tu. pandai cerita bg org basah mata. sobs. terima kasih kakak. sedap sgt pelam harum manis.

Pujuk hati.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sejak dua menjak ni mmg emosi tak stabil. mudah sgt terasa. selalu rasa tak kena. sehinggakan rutin yg dilalui hari2 dah rasa tak mampu lg utk diredah. rasa nak berubah. rasa nak 'mcm lain'. mcm tak sepatutnya mcm ni. sepatutnya mcm ni..(paham ke apa saya merepek ni? tak paham pun buat2 paham lah ye.)

jadinya bila emosi tak stabil, org yg paling tepat utk meluah rasa tak lain tak bukan ialah ibu sendiri. tgh drive kat jalan permatang pauh, amik phone call ma. dimulakan dgn salam dan soalan pertama, "ma apa habaq pg ni..?" perbulan berterusan selama 20 minit kemudiannya dgn masing2 menangis di hujung talian.

terima kasih ma kerana memahami ina, kerana bg sokongan kat ina, kerana  memujuk hati ina, kerana mendoakan ina..
"syurga tu mahal harganya..jd Allah bg ujian2 utk kita supaya kita ni 'layak' utk ke syurganya.." - ayat pujuk hati buat ma dan saya.

Allahurabbi...

kesian nawal.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dari hari ahad lg, malam tu nawal mengadu yang dia pening. kenapa dia pening? saya pun tak tahu. nak kata dia demam, badan ok2 saja. mungkin salah makan? tp takde pulak muntah atau sakit perut. nak bwk pi jumpa doc pun hari dah mlm sgt. kat rumah stok paracetamol pun dah yilek. dah lama budak2 ni tak demam dan selsema. barakallah.

masa hantar dia ke sekolah pg semalam ada saya pesan kat dia,kalau nawal pening, nawal bgtau cikgu, mintak nak tidoq. saya pun pesan jugak kat cikgunya yg nama Wan, kalau ada ubat demam kat tadika minta suapkan kat nawal, dan bg dia rehat kalau dia mengadu pening.

malam td,lps solat maghrib, berceritalah nawal kat saya :



subhanallah, masa dia bercerita tu, saya turut basah mata. sedih kot bila kita pening betul2 tp org tak percaya. dia pulak bgtau yg dia menangis sebak masa rukuk dan sujud, nangis pelan2 je sbb malu kalau kwn atau cikgu nampak. terus saya peluk dan pujuk nawal, saya cakap bagus naw…

I am 33.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


6 April.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk terus bernafas sebagai hambaNya.

Terima kasih Allah,
atas nikmat iman dan Islam.
atas limpahan rezeki.
atas anugerah keluarga yg sgt mengasihi.
atas kurniaan suami yg berbudi.
semoga terus diberkati.

Terima kasih Ma,
atas pengorbanan selama usia ini.
atas kasih sayang yg tak berbelah bagi.
ina sayang ma sepenuh hati.

moga Allah sentia melindungi dan memandu diri ini atas jalanNya dan mengurniakan syurga di akhirat nanti.

Ameen.

happy birthday to me.


kembara Atiq Wazif : Satu Anugerah

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tadi, tgh susun2 buku mcm biasa hari2 pun itulah kerja saya, terjumpa dengan buku ini :


penceritaan yang jelas. rasa mcm kita ada sekali dalam tu. time dia sedih susah kita turut sama rasa sedih susah. Pengalaman sebenar yang diterjemahkan dengan baik ke dalam sebuah buku.
baru baca sampai mukasurat 51. rasa tak sabar nak sampai ke hujungnya di mukasurat 262. 


3 hari tanpa botol

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Aisyah Nawal bakal mencecah 5 tahun bulan Jun nanti. dia bebas lampin waktu siang ketika berusia 2 tahun 6 bulan. Mungkin sbb dia ada adik, so prosesnya cepat sikit dan mudah pulak tu. Dan ketika usianya 4 tahun 4 bulan dia bebas lampin waktu tidur malam. tu pun saya tak ajar, dia sendiri yang tak nak pakai pampes, masa tu kat wad,  nak tidur mlm tu dia bgtau tak nak pakai pampes,kalau dia nak kencing nanti dia kejutkan saya. saya agak ragu2 sbb kalau dia 'ter'kencing susah oiiiii atas katil hospital tu. tp takpa, kita yakin dan doa saja, alhamdulillah semua baik2 saja. keluar wad pun dia dah biasa utk kejutkan saya kalau nak ke tandas waktu malam.

cuma yg buat saya runsing dia masih berbotol susu. dah puas pujuk, bercerita tp mcm tak mkn saman. tambah2 adiknya Ali masih lg berbotol, so dia rasa apa salahnya kalau dia berbotol jugak? sehinggalah hari selasa lepas, saya kerja malam, so nawal dan ali tokma tolong jagak…