'Pulangnya' MH370 ...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...




setelah 17 hari, akhirnya PM dgn berat hati mengumumkan yang perjalanan MH 370 berakhir di selatan lautan Hindi iaitu lautan yg ketiga paling dalam di dunia..

subhanallah. allahuakbar. astaghfirullah..

sebak. sayu. pilu. sedih. tiada lagi kata2 yg mampu dilafazkan. hanya titisan jernih yg membasahi kolam mata..

moga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini, dan setinggi terima kasih kepada pemimpin dan petugas yang berusaha dalam operasi SAR ini..moga Allah memberkati kalian. amin..


Puisi ini benar2 mewakili rasa hati saya :


Jika memang itu sudahnya
Ia terbang tak pulang pulang
Usai ikhtiar cari merata
Di darat .. di langit segenap buana
Jika memang itu sudahnya
Menyorot terima khabar nan duka
Tidak di langit ia menyapa
Membelah ombak ghaib di sana
Jika memang itu sudahnya
Berbelas hari menyimpan rasa
Memanjat doa pada yang Esa
Menanti khabar tak tiba tiba

Jika memang itu sudahnya
Khabar diterima berita duka
Di riak gelombang tampak petanda
Gambar dirakam dari angkasa
Titipan dari luar negara

Jika memang itu sudahnya
Siapalah kita mendabik dada
Persoal DIA punya kuasa
Misteri alam milik yang Esa
Kita diminta akur dan redha
Bukankah itu ikhtiar juga?
Menerima hakikat empunya DIA?

Jika memang itu sudahnya
Sedih .. pilu.. ngilu senaknya
Mereka yang menanggung sanak saudara
Tak tertampung dek bahu.. Tak terjangkau dek jiwa
Kita yang sipipun turut terasa
Apatah lagi pada mereka

Jika memang itu sudahnya
Buat kita yang masih ada
Masihkah kita alpa dan leka?
Sebesar ini diberi petanda
Sehebat ini kita diduga
Goncang gementar satu negara
Masihkah kita sangsi padaNYA?

Jika memang itu sudahnya
Pilu berdarah sejarah tertera
Seantero dunia mengenal kita
Garuda yang hilang di radar angkasa

Hanya doa iktiar kita
Memohon ikhsan pada pencipta
Selaklah kembali apa tertera
Tersurat tersirat pada kalamNYA
Sedarlah kita tak punya kuasa
Tak kiralah kudrat sekuat mana

Ruang kembali sentiasa terbuka
Jika kita membuka mata
Membuka hati tunduk padaNYA
Memang begitu fitrah wajarnya
JIKA MEMANG ITU SUDAHNYA

Dari Hati
Nazali Noor @Liverpool UK
Doa untuk MH370




ya, MH 370 telah pulang..pulang kepada penciptanya yang Maha Esa..
Good Night dear flight..sleep well.. (sebakkk..merambu ayaq mata dah ni..)

Comments

Z@i Z@mR33 said…
sebak bl baca puisi tu...emmm....emmmm

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::