saat paling cemas dlm hidup.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pernah tak,kalian lalui detik2 mencemaskan dlm hidup? rasa cemas sgt2 sampai pucat lesi muka?

saya pernah lalui 2 kejadian yg saya rasa cemas gilaaaaaaaaaaaa wpun cuma sebentar.

KES 1 :

bulan lepas di Jusco. saya bersama anak2 dan 4 lg anak2 saudara saya ke jusco utk beli baju utk pakai di kenduri adik saya Mizah. sampai sana kami berpecah sbb nak cepat. Kak long, kak nik dan afif di level 1 sbb nak beli baju afif. saya, nawal, ali dan ili di level 2 sbb nak beli baju abg aleh. saya dah beli hari sebelum tu tp nak tukar saiz saja. saya pun dok  pilih2 design lain sambil nawal dan ali mengekori saya dr belakang. bila saya pusing blk tgk budak 2 org tu dan hilang dari pandangan. saya tanya ili, mana nawal dan ali? ili ckp baru kejap td diorang jalan belakang saya. ok. ANAK HILANG DR PANDANGAN DI SHOPPING COMPLEX YG PENUH BAJU ADALAH SAAT PALING CEMAS.

saya nanar. dan mula pusing sekeliling. tak jumpa. saya call lg 3 anak2 saudara saya mintak diorang naik atas tolong saya cari nawal ali. dalam saya pusing2 kawasan baju2 lelaki tu saya berselisih dgn sepupu saya, tak sempat nk bertegur sapa, terus saya ckp,"khairul, tlg cari nawal ali. depa hilang!" dia terkejut dan bgtau baru kejap td dia mcm terdengar suara nawal dan ali. dia pun turut sama mencari bdk2 tu.

saya rasa dlm 5 - 10 minit tempoh saya cari budak2 tu. sampai afif dari level bwh pun dah sampai atas tolong saya cari. ili cari hingga ke kawasan mainan kanak2 pun tak jumpa. saya dah siap jumpa guard kat kawasan tu maklumkan ttg anak2 saya. PANIK GILA! saya kembali ke area mula2 saya hilang bdk2 tu, dan ternampak salesgirl tu lambai2 memanggil saya. nawal dan ali ada dengan dia...dia jumpa bdk2 tu tgh panggil ummi..ummi.. tak jauh dr kawasan mula2 kami terpisah. T_T

ALHAMDULILLAH. SUBHANALLAH. ALLAHUAKBAR.

saya rasa saya dapat balik nafas saya yg bagaikan terhenti sebentar td. kalau td saya rasa bagai putus nyawa, ketika ini saya dapat bernafas semula. syukur ya Allah. ini adalah pengajaran sgt berguna. jgn sesekali biarkan anak2 berjalan di belakang kita. kita yg kena jalan belakang mereka.

balik nya saya cerita kejadian tu kat abg aleh, dia pesan mcm tu la pd saya. dia x berleter pjg sbb dia tahu apa yg saya rasa, x perlu dia nak menambah siksa saya. dia cuma ckp, " abg boleh sasau kalau jd apa2 kat anak2 ni." jd saya faham. cukup faham.

KES 2 :

malam td, saya ke rumah mak lin. rasa mcm lama tak ziarah mak lin selepas selesai majlis kenduri mizah hujung bln lps. baliknya tu ali buat hal. mengamuk2 dlm kereta. nak pegang stereng. nak duduk dpn. mcm2 la. tmpt duduk depan si nawal duduk dgn kak nik. saya pujuk2 ali duduk di tempat duduk belakang.

kat belakang pun dia masih tak puas hati, tak pasti kenapa. dia bergaduh dgn kak nik. baling2 barang. saya teruskan pemanduan sbb nak cpt sampai ke rumah. bila lalu atas fly over kubang ulu yg melintasi jalan keretapi tu saya dengar ali buka pintu belakang kereta. ASTAGHFIRULLAH! saya menjerit suruh kak nik pegang ali cpt sebelum dia terjatuh dr kereta. saya cpt2 berhenti kan kereta di bahu jalan. tgh2 simpang. syukurlah waktu tu tiada kereta, pintu tak terbuka luas dan ALI TIDAK TERJATUH. saya berhentikan kereta. tutup pintu dan kunci. bg satu cubitan di paha ali biar dia serik. dan saya menangis menyesal atas kecuaian saya tidak mengunci kereta awal2 td.

Allah masih sayangkan kami.
Allah masih panjangkan usia kami utk bersama.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

dan sepanjang hayat saya, saya rasa itulah 2 keadaan yg paling cemas yg pernah berlaku. dan saya harap, saya tak akan melaluinya lagi. amin.



anak-anak,
ummi takkan maafkan diri ummi kalau anything happen disbbkan kecuaian ummi. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kalian. amin ya rabbi..




Comments

Anonymous said…
faham perasaan riena coz pernah mengalaminya juga.tang kunci kereta tu better riena child lock.pintu takleh buka dari dlm.sbb walaupun kereta telah dikunci, anak2 pandai tarik ke atas kuncitu dan buka kereta.
Z@i Z@mR33 said…
Faham prasaan riena.kami penah panik gila2 bl satu pg tu nk kuar p keja.rs x sedap ati masuk blk umah tgk2 bantal dh tekup muka anak kami.dia kn x pndai tepis lg.dh tkapai2 dh kaki tgn dia tgh lemas.cpt2 alih bntal tgk2 ank dok tarik napas pnjg dh.serik dh kami.terus x brani nk letak bntal atas bdn dia ms tdo.ms tu abh dia tgh mndi.mmg kuss smgt...
shaliza said…
Allahuakbar...kalau saya dah tak boleh nak bawa kete dah tu ...ketar lutut..alhamdulillah takder apa2. Baut pengajaran untuk semua, termasuk saya...
shaliza said…
This comment has been removed by the author.
.Edi.Jie. said…
riena, aku yang baca pun cemas la....nasib baik semua selamat..

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::