new home. new life.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, kami telah berpindah ke rumah baru renovate pd 12 Jan (ahad) lps. secara rasmi bermalam di rumah tu hari tu lah. proses perpindahan tu kami buat sikit2, ye lah rumah pun sebelah je. kemas brg skit2 dan terus angkat ke rumah baru. mkn masa seminggu jgk sbb angkut sikit2. buat majlis bacaan yasin  dan makan2 skit pd 17 jan (jumaat). jemput keluarga,jiran2 dan kwn2 terdekat ja. tu pun boleh kata sekampung jgk yg datang. alhamdulillah. ramai mcm teringin nak tgk rumah baru mak agaknya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

anak-anak pun nampak seronok sgt sejak berpindah ke rumah baru. berlari sakan dlm rumah.melompat2. maklumlah rumah lapang takde perabot. bila ditanya nawal suka ka rumah ni? nawal sengih2 jawab ya. bila ajak blk rumah lama laju2 geleng kepala tak nak. yang paling saya suka sejak berpindah ni, anak2 dah tidor bilik sendri. nawal nak bgn buang air pun dia bgn sendiri terus ke toilet (kena buka lampu siap2 biar terang toilet.) cuma ali kadang2 terjaga tgh mlm akan bgn cari saya di bilik saya. mintak susu atau sekadar mahu dipeluk. manja sgt si ali tu. tp dia baru 2 thn setgh, kecik lg kot kalau nak suruh dia tidur sendiri. nawal takpelah dah 4 thn setgh. thn ni nak masuk 5 thn. dah patut di ajar berdikari. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan untuk didik anak2 ni tidor berasingan.


minum susu di ruang tamu.

maka dengan rasminya saya tinggal serumah dgn ibu mertua. syukur Allah berikan saya peluang utk berbakti kpd mertua yg semakin bertambah usianya. semoga Allah berikan saya kekuatan dan ketabahan, amin. 


rumah baru. kena buang perangai buruk. kena lebih rajin dan istiqamah.

Comments

shaliza said…
wahh..dah dapat duduk rumah baru..best2x...

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...