Wednesday, 11 December 2013

Nawal dan cita-citanya.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

budak2 dan cita2 mmg takleh dipisahkan. kan? cikgu2 suka tanya anak murid cita2 nak jd apa. jd setiap murid dah dipasangkan impian utk menjadi seperti apa yg dicita-citakan.


yang nawal ni, dr awal lg cita2 nak jd doktor. doktor budak-budak lah. doktor haiwan lah. yg latest nak jd doktor gigi. adik dia ali nak jd ustaz. masih tak berubah setakat ni. insyaallah. amin. ummi doakan.


tp nawal ni suka nak tukar2 cita-cita dia. yg jd doktor gigi tu mmg confirm lah. masih bercita-cita.


 " umi,nawal nak jd yg juai2 boleh tak? nanti bila nawal cuti jd doktor, nawal nak masak2,buh dlm bekas,pastu letak atas meja,nanti org mai beli. boleh dak umi?"


boleh sayang. tp nawal nak masak apa?


"apa2 lah, bihun goreng ka, nasi lemak ka, mi goreng ka, apa2 la. nawal dah besaq nanti nawal pandai masak mcm2."


ok. boleh. kalau nawal suka nawal buat la.


esoknya,


"ummi, besaq nanti boleh tak nawal nak jd uncle sawan?"


hah? apa dia syg?


"uncle sawan. uncle sawan. umi ni taktau ka uncle sawan. yg p bulan tu."


ohhh..

ANGKASAWAN...
hahahaah!!

ummi takmau nawal jd angkasawan, nanti nawal p jauh sgt. susah nanti kalau ummi rindu nawal mcm mana? nak bwk nawal p main mainan mcm mana? nak ajak nawal p makan mcm mana? nak blk rumah tokma mcm mana?


"hmm...oklah umi, nawal tak jd lah nak jd uncle sawan. nanti nawal pun rindu kat umi. baik nawal jd doktor gigi saja. dekat ja boleh jumpa umi hari2."


ummi senyum. jadilah apa yg anak2 impikan. asalkan baik utk agama dan diri sendiri. ummi doakan yg terbaik utk kalian.



5 comments:

imm said...

assalmualaikum kak,,2nd time komen sini:)

alaaaa cute nye nak jual2 bile cuti jd doktor..budak2 kan imaginasi die mengalahkan org dewasa..
tersedak nnt syed muzafar nnt ade org panggil die uncle sawan..hihi

Kniedaz said...

hehe..nawal ni comel la..bijak sungguh!

RieNa said...

imm : kannn terasa hati sheikh muzaffar tu org panggil uncle sawan. hahahaha

kida : bijak la bijak..bijak pekena umi. huhu

Mommy Nur Zara said...

best dgq budak2 sembang. hehe bila keluar dr mulut depa. mmg lucu. zara pun mcm tu la hehe

leeja said...

Cute girl

Related Posts with Thumbnails