Posts

Showing posts from December, 2013

entry terakhir 2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kerja shift ptg mlm ni. mlm tahun baru. harapnya balik nanti tak jem di jalanan.


alhamdulillah, student tak ramai. berkesempatan tgk live streaming Ambang 2014 yg berlangsung di Padang Bandaran Butterworth. tgk kat sini :  http://www.youtube.com/watch?v=G8qbUE36Q2Y

bertuah sapa2 yg dapat p tadah ilmu kat sana.

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yg lebih baik dr hari ke hari. dari tahun ke tahun. lapangkan lah rezeki kami..tingkatkanlah ketaqwaan kami..jauhkan lah kami dr kebinasaan..aminn...


tata 2013. welcome 2014.

mizah kawen.yeay! - part 2 (and last)

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ok, dah sampai hari kenduri pd 22/12/12013 - ahad. alhamdulillah, cuaca baik. panas sampai ke petang. makanan cukup. tetamu ramai. semuanya berjalan lancar. alhamdulillah.

adik ipaq saya org padang serai, taman mahsuri. tua 3 thn dr saya tp well, dia kena panggil saya kakak jugak lah. hahahaha
umi dan anak terunanya.  tema peach. family salleh dan pengantin. pengantin baru 5 tahun. moga sejahtera hingga syurga.amin. dgn tetamu, uncle mus. dr hujung kiri : kak mah, abg lan, mak lin, ma dan ayahwan.  belakang dr kiri : ili, nadia, acik comei.  abg cik afif. dah 14 thn, anak teruna dah.


amboi2 depa..kemain moncong lg ye...
kami takdak kek kawen, kami ada pulut kuning. kakak ipaq saya buat. gambaq pengantin. saya amik dar FB caterer Hassan Catering dan kenduri sebelah lelaki diadakan pd 25 disember (rabu) di dewan mahsuri, padang serai. gambaq ni 1 dahla kot. rasa penat pulak nk upload byk2.  Dear Mizah, selamat meniti hidup b…

Mizah kawen, yeay! - part 1

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani... Alhamdulillah, adik sulong saya Mizah telah selamar bergelar isteri pada 20 disember lepas, ptg hari jumaat tatkala hujan gerimis. di masjid Kubang Ulu, masjid yg sama ketika saya dan dayah nikah dulu. entry ni kita buat hari nikah ja dulu. sbb gambaq banyakkkkk..mcm nak bubuh semua. hhehe cantik mizah. mcm kakak dia. hohohoho!! saya, abg lan dan syaza (gila bergambar) dah kat masjid. tunggu tok kadi.  tema hitam kuning. saja syok-syok.  abang2 superman.  abang-abang wali2 ku..  ok dah selamat nikah. boleh pegang2.  khadijah azzahiyah. 4 bulan dah.
abg man, nadia, saya.
 cantik jugak kaler hitam kuning ni bila ramai2. ni dah balik rumah lps makan.
 nawal dgn inai di tangan.
 adik dayah dan adik kyra. thn lps nikah dayah. thn ni nikah mizah. adakah thn dpn nikah kyra? doa2 kan. hehehe  2 org ni mmg pantang tgk kamera.
pelamin yg sweet mcm coklat mentos. ok. nanti sambung part 2. maaf gambaq yg tungging terbalik.

gaya baru.

Image
org lain mungkin dah lama mencuba. saya je yg baru nak cuba2. dulu2 masa muda2 awal 20-an pernah jgk mencuba ala wardina. tp kejap saja.mungkin faktor usia. eh kenapa ayat dah mcm pantun saja? dah terjangkit dgn penyakit pantun nawal. huhuhu
sebenarnya cuba apa ni?
cubaan utk ber - shawl. hahaha poyo ja bunyinya...
knowing me, cukup x suka bersiap lama2 dpn cermin. semua pun nak cpt saja. mudah dan ringkas. jd agak lambat dan malas nak cuba pakai shawl ni. kena belit2. kena siap awal. kena amik masa. heh, agak rumit di situ. tp, disebabkan tak nak kelihatan tua sblm usia, saya belajar2 juga bershawl.

rupanya seronok jgk. rasa keyakinan diri semakin bertambah. hahahaah!! cuma yg paling penting shawl kena lebar, tidak nipis dan mesti menutup dada. :)

pindah. yeay!!

Image
setelah 7 thn berada dlm unit yg sama,akhirnya saya ditukarkan ke unit lain. alhamdulillah. bkn saya tak suka unit saya skrg cuma saya mahukan perubahan dlm kerja saya. doakan saya. nanti kita cerita lg.

Nawal dan cita-citanya.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

budak2 dan cita2 mmg takleh dipisahkan. kan? cikgu2 suka tanya anak murid cita2 nak jd apa. jd setiap murid dah dipasangkan impian utk menjadi seperti apa yg dicita-citakan.

yang nawal ni, dr awal lg cita2 nak jd doktor. doktor budak-budak lah. doktor haiwan lah. yg latest nak jd doktor gigi. adik dia ali nak jd ustaz. masih tak berubah setakat ni. insyaallah. amin. ummi doakan.

tp nawal ni suka nak tukar2 cita-cita dia. yg jd doktor gigi tu mmg confirm lah. masih bercita-cita.

 " umi,nawal nak jd yg juai2 boleh tak? nanti bila nawal cuti jd doktor, nawal nak masak2,buh dlm bekas,pastu letak atas meja,nanti org mai beli. boleh dak umi?"

boleh sayang. tp nawal nak masak apa?

"apa2 lah, bihun goreng ka, nasi lemak ka, mi goreng ka, apa2 la. nawal dah besaq nanti nawal pandai masak mcm2."

ok. boleh. kalau nawal suka nawal buat la.

esoknya,

"ummi, besaq nanti boleh tak nawal nak jd uncle sawan?"

hah? apa dia …

perkembangan terkini

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...

setelah 16 hari. rumah mak telah jd begini :

 pandangan depan. pintu depan sebelum ni kat simen tu, sudah beralih arah mengadap ke depan.
 separuh dr bahagian atas masih dikekalkan kerana mutu kayu nya kuat dan teguh. 
 Masuk pintu je, ruang tamu dan itu pintu toilet. huhu
 bilik no 2 dan 3. asalnya nak buat 2 bilik je, bila dah buat masih ada ruang utk 1 bilik lg. dah alang2, kita buat terus lah.
 toilet dan ruang mesin basuh.

 ruang dapur. sebelahnya ruang makan.
oh, bilik no 1 tak amik gambar. tertinggal sbb ali buat kalut.
biasalah, kalau buat benda2 mcm ni mesti kadang lebih bajet. dari jumlah sekian2 bertambah jd sekian2. pening jugak memikirkannya. moga Allah beri jalanNya.  amin.

doakan segalanya dipermudahkan dan kami dimurahkan rezeki. amin.