Tuesday, 19 November 2013

sudah sampai masanya...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

abg aleh ada hajat yg saya kira besar jgk hajatnya. antara sbb dia keja teruk2 siang mlm pun salah satunya adalah utk menunaikan hajatnya yg ini. hajat untuk membaiki (renovate) rumah mak. rumah mak mentua saya sudah berpuluh tahun usianya. mungkin lebih 40 tahun. abg aleh sendiri pun sudah 33 tahun. sudah di makan anai-anai. reput sana sini. bumbung je sering ditukar ganti sbb bocor. yg lain2 tingkap pun dah byk yg pecah. daun tingkap pun ada yg tercabut dah. Alhamdulillah, sudah sampai masanya utk kita buat sesuatu utk rumah mak. kami jgk yg nak duduk nanti, selain utk keselesaan mak sendiri yg semakin dimamah usia.

akhirnya bermula dr 12 November lepas, bermula lah acara mengemas rumah mak. simpan apa yg patut. buang apa yg tak perlu. bakar apa yg buruk. 14hb lori datang bawa pasir, simen dan batu bata. abg saya aka abg man kontraktor yg bertanggungjawab utk renovate rumah mak. alhamdulillah, kebetulan dia pun dah selesai kerjanya, anak2 buah dia pun dah lapang masa, jd baiklah kita segerakan hajat ini.



pemandangan dapur rumah mak.
ruang tgh. 

ada yg ckp tak sayang ke nak robohkan rumah mak? sbb rumah lama, ada seni. kami pulak ada sebab tersendiri kenapa perlu dirobohkan rumah tersebut. anai2 byk kot. kang kalau rumah roboh sendiri mcmana?? haaaaa... silap kami jgk sbb tak jg dr anai2 tu awal2 lg. dah melarat baru nak sedar.



ruang beranda, yg cuma jd ruang ayam kucing main lompat2.


draft pelan yg dilukis abg man. buat kecik2 saja ikut bajet sedia ada. ada dapur, tandas, 2 bilik tidur, ruang mkn, ruang tamu. cukuplah. ada rezeki thn depan kita tambah lg bilik anak2. yang penting selesa biarpun sederhana. dan lg penting, tak nak hutang2.

hari pertama. anak2 buah abg man merobohkan ruang penting dulu.

dr pandangan depan. rasa sayang pulak. tp kita nak yg terbaik utk mak.


anak2 santai2 bwh rumah tgk tukang buat kerja.

cuma bahagian ini saja yg dibina nanti. tak sebesar mana. its ok yg penting selesa.

alhamdulillah, syukur atas segala kurniaan Allah pd kami. buat sementara ni mak tinggal  dengan kami, yg rumah sebelah rumah mak je. lps ni kita sama2 tinggal kat rumah baru. insyaallah. amin. doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusannya oleh Yg Maha Esa. amin.

5 comments:

DYatie said...

Semoga dipermudahkan segalanya Riena. Niat yang baik, pasti Allah akan permudahkan. InsyaAllah.

RieNa said...

amin..harapnya begitulah..thanx Dyatie.

shaliza said...

Amin...betul tu buat ikut budget kita jgn ikut budget orang...yang penting takder hutang:-)

RieNa said...

buat ikut kemampuan,bkn ikut keinginan. hehe

Z@i Z@mR33 said...

umah mak kami pon roboh cikit2...lani Alhamdulillah...dh nmpk lawa dh...yg pnting mcm riena kata...xdak utang

Related Posts with Thumbnails