Nawal konvo!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

nampaknya saya kena menghadiri konvo tadika selama 3 thn disbbkan nawal masuk tadika di usia 4 thn. takpalah. ummi seronok ja. alhamdulillah,nawal dah boleh menulis abc,nombor, iqra', kenal bentuk dan byk lg perkara2 asas lain yg mungkin tak dpt ummi lakukan sendirian tanpa bantuan cikgu2 tadikanya. target saya utk thn depan, moga dia dpt membaca pulak. skrg dia cuma mengeja sepatah2. belum lancar lg.

10hb hari ahad lps berlangsunglah majlis penyampaian hadiah tadika permata intelek. buat kat dewan peladang di kg pelet. nawal mmg excited, hari2 berlatih lagu dia tu.

kami sampai jam 8.30 pg, nawal terus dibawa masuk oleh cikgu2 dia. nak make-up lah tu. hehehe..

pukul 9 acara bermula.

menyanyi lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. saya suka lagu sekolah nawal,lirik dia sgt bagus.



ucapan dr guru besar aka cikgu sakina ahmad.
lps tu ucapan dr perasmi majlis. saya tak amik gambar. hehe


cer cari mana nawal? dgn jubah baru kak long dan kak nik beli. berseri2 anak aku. huhu



hai hajah nawal!

dah siap persembahan cepat2 tukar baju sbb nak ambil hadiah pulak.
kelam kabut cikgu siapkan. tp cekap dan pantas.

 alhamdulillah. susun mcm ikut ketinggian dan ketembaman. hahahaha



 nawal dan kawan2.
saya ambil gambar di belakang pentas.

 terima kasih byk2 mama ina, atas segala usaha dan kasih sygmu. semua anak2 murid beliau panggil beliau mama.




 pelajar2 kelas Intan. (kelas untuk 4 thn)

 anak ayah.
anak ummi


part last, semua murid nyanyikan lagu 1,2, 3 Aris Ariwatan. ada saya ambil video tp senget belaka. kang pening pulak kalian nk menontonnya. lagu 1,2, 3 tu adalah lagu kegemaran saya sejak sekolah lg. mmg sgt menyentuh hati.

tahniah  cikgu2. terima kasih sbb menjaga dan mendidik anak2 kami dgn baik. syabas!!

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...