Posts

Showing posts from November, 2013

Welcome Mr S and Goodbye Mr K.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mungkin setakat ini saja jodoh kita Mr K. cuma setahun 2 bulan saja kita bersama. bukan tak suka, jauh sekali membenci. cuma kami rasa awal bkn yg terbaik. semoga org lain yg dapat menjaga awak lebih baik dr ketika awak bersama kami. terima kasih atas jasa baik awak selama setahun lebih ni, saya sekeluarga amat menghargainya. semoga awak baik2 saja bersama org baru. amin.

dan Mr S, welcome to our family. selamat berbakti kpd kami. walaupun usia Mr S agak senior, tp kami gembira dgn prestasi dan kondisi awak. impian abg aleh utk memiliki awak tercapai jua. jgn buat perangai ya.. insyaallah, kami sekeluarga akan jaga awak baik2. anak2 saya pun sukakan awak. hari2 nak dgn awak. saya harap Mr W tidak berkecil hati sejak kehadiran awak, sbb saya dan abg aleh masih sayangkan Mr W sbb dia cinta pertama kami. Mr W akan setia bersama kita hingga suatu masa yg entah bila.

7 november 2013 - welcome Mr S
9 november 2013 - good bye Mr K


sudah sampai masanya...

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

abg aleh ada hajat yg saya kira besar jgk hajatnya. antara sbb dia keja teruk2 siang mlm pun salah satunya adalah utk menunaikan hajatnya yg ini. hajat untuk membaiki (renovate) rumah mak. rumah mak mentua saya sudah berpuluh tahun usianya. mungkin lebih 40 tahun. abg aleh sendiri pun sudah 33 tahun. sudah di makan anai-anai. reput sana sini. bumbung je sering ditukar ganti sbb bocor. yg lain2 tingkap pun dah byk yg pecah. daun tingkap pun ada yg tercabut dah. Alhamdulillah, sudah sampai masanya utk kita buat sesuatu utk rumah mak. kami jgk yg nak duduk nanti, selain utk keselesaan mak sendiri yg semakin dimamah usia.

akhirnya bermula dr 12 November lepas, bermula lah acara mengemas rumah mak. simpan apa yg patut. buang apa yg tak perlu. bakar apa yg buruk. 14hb lori datang bawa pasir, simen dan batu bata. abg saya aka abg man kontraktor yg bertanggungjawab utk renovate rumah mak. alhamdulillah, kebetulan dia pun dah selesai…

konvo Hajah Syaza aka kak nik

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ini kali pertama UiTM Pulau Pinang menganjurkan istiadat Konvokesyennya sendiri. kalau sebelum2 ni kalau konvo je student kena amik scroll di uitm shah alam walaupun belajar kat sini, tp kali ni Alhamdulillah, belajar kat sini konvo pun kat sini.

kali ni saya tak terlibat dlm apa2 program pun untuk konvo, bagus jgk sbb anak saudara sendiri konvo. kalau saya sibuk dgn agenda lain, tak seronok pulak nak raikan anak saudara.

alhamdulillah, syaza dah lulus diploma seni kulinari dr uitm p.pinang. semoga terus berjaya dlm hidup, dunia akhirat. amin.

 lama tak jumpa adik saya dayah ni sejak dia lps pantang. ni baru sempat jumpa. dia bg hadiah kat nawal. sronok lah budak tu.
 dia ckp kat makndaknya," kak long dah bg hadiah dah.." maksudnya,kenapa nak bg byk2 kali, kan kak long dah bg.. hehe..
 dr kiri, anak2 saudara saya, nadia, naja (dukung baby dayah), kyra, syaza, dayah dan mizah. budak kecik 2 org tu tak perlu lah dipe…

Nawal konvo!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

nampaknya saya kena menghadiri konvo tadika selama 3 thn disbbkan nawal masuk tadika di usia 4 thn. takpalah. ummi seronok ja. alhamdulillah,nawal dah boleh menulis abc,nombor, iqra', kenal bentuk dan byk lg perkara2 asas lain yg mungkin tak dpt ummi lakukan sendirian tanpa bantuan cikgu2 tadikanya. target saya utk thn depan, moga dia dpt membaca pulak. skrg dia cuma mengeja sepatah2. belum lancar lg.

10hb hari ahad lps berlangsunglah majlis penyampaian hadiah tadika permata intelek. buat kat dewan peladang di kg pelet. nawal mmg excited, hari2 berlatih lagu dia tu.

kami sampai jam 8.30 pg, nawal terus dibawa masuk oleh cikgu2 dia. nak make-up lah tu. hehehe..

pukul 9 acara bermula.

menyanyi lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. saya suka lagu sekolah nawal,lirik dia sgt bagus.


ucapan dr guru besar aka cikgu sakina ahmad. lps tu ucapan dr perasmi majlis. saya tak amik gambar. hehe

cer cari mana nawal? dgn jubah ba…

hajah muda

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

banyak benda nak update. takpa kita cerita satu-satu.

minggu lepas 6 november anak2 saudara saya dan abg ipar saya kembali dr tanah suci mekah madinah dr mengerjakan haji. kakak pulak tiba pada 7hb. ye lah, pegi asing2 balik pun asing2. ada yg tanya kenapa pegi asing2? abg ipar dan anak2 pegi sebagai jemaah muassasah,manakala kakak saya sebagai petugas haji di bawah THTS Travel uruskan jemaah pakej. jadi mmg pergi asing dan balik asing2. cuma dapatlah jugak jumpa kat sana hari tu.

alhamdulillah,semua baik2 dan sihat2 saja. kak long dan kak nik makin bulat nampaknya. huh. tu la mkn nasi mandy byk sgt. mentang2 lah sedap kan...

 sementara tunggu depa keluar, main2 dulu kat playground KLIA tu. flight sampai dlm 9.30 mlm. tp nak keluar tu mkn masa sampai dekat 2 jam jgk.

 tak larat berdiri, kita duduk.

haaa..dah keluar dah!! nampak tak diorang?? dr jauh dah lambai2. seronok sambut org blk haji ni..


hajah nur afifah di tgh. hajah…

moga derita ini berakhir.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...pg tadi saya selamat menjalani pembedahan kecil buang gigi bongsu saya sebelah kanan. so dpt mc 3 hari. ini pengalaman paling menyeksakan. sakitnya ya rabbi..Allah sj yg tau..mengalir air mata jgk lah.moga lps ni takde lg episod sakit2 gigi. amin..