Posts

Showing posts from October, 2013

well done, Nawal!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam, saya ambil nawal di taskanya, dan bawa dia ke pasar tani di seberang jalan,sambil berbual2 tanya aktiviti dia hari tu. nawal pun pot pet pot pet bercerita sehinggalah dia bercerita tentang sesuatu :

nawal : ummi, td cikgu liza cakap, nawal kena mai hari bg hadiah nanti, sbb nawal dpt no 2, nawal dpt hadiah.

ummi : are u serius?? (tiba2 speaking ummi,sbb terkejut.) nawal betui ka ni...

nawal : betui ummi. ummi tanya cikgu liza. yg dpt no 1 tu ilham dgn anis (nama saya reka sbb mmg tak ingat,sbb dok terpinga2 betui ka anak aku dpt no 2).

ummi : ok,ok..alhamdulillah..tahniah nawal. ummi seronok sgt!

masuk je dalam kereta,terus saya call abg aleh, sbb excited lebih katanya. hahaha! x sabaq nak tunggu abg aleh blk rumah nak bercerita. saya pun tanya abg aleh agak2 anak dia dpt no berapa periksa. tau dia jwb apa?

"isk,taktaulah nak kata..nawal tu nampak mcm main2 ja p sekolah. tak berani nak teka dpt no berapa."

cpt sehat semua!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

last week nawal admit hospital.
minggu ni kakak ipar saya, kak da isteri abg an pulak.
dia demam panas, dan disebabkan dia pregnant about 10-11 weeks, maka kena admit lah.

yg paling kasihan si arissa, anak saudara saya tu. bulan ni dia setahun 5 bulan.masih menyusu badan dan tidak pernah berpisah dgn ma dia. dan utk pertama kalinya semalam dia berpisah dgn ibunya. subhanallah.kesian sungguh saya tgk dia. ayah dia (abg an) kerja shift mlm (pkul 12 mlm - 8 pg), lps dia tidurkan arissa, jam 11 mlm maka tinggallah dia dgn berat hati. saya pun nervous jgk sbb first time jaga arissa ni,sblm ni tak pernah jaga dia tanpa ma ayah dia. dahla dia pun tak berapa sihat, selsema dan kdg2 demam.

pukul 1130 dia terjaga dan menangis. dia berjalan 1 rumah cari ibu ayah dia. kesiannyaaa..menangis2 sampai tersedu2. saya pujuk pun tak jln. akhirnya dia letih kot, dia dok senyap atas riba saya sampai akhirnya dia terlena. tu pun dekat sejam jugak…

2010 dan 2013

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


depan masjid Qubaa', Madinah. saya dan ma - haji thn 2010 afifah dan syaza - haji tahun 2013
Ya Allah, tetapkanlan iman kami..lapangkanlah masa kami..murahkan rezeki kami..moga kami istiqamah atas jalanMu ya Allah..amin...

kali pertama.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pg ni buat kerja merepek. tau apa saya buat? saya call radio Hot FM.


ngeheheheehe...

sbbnya topik dia amat menarik hati. rasa nak sgt bercerita. pg ni ada Faizal Ismail dan AG je. topiknya tentang TYPO. typing error tak kisah la kat mana2. papan iklan ke. notis ke. sms ke. surat ke. chatting ke. mana2 lah. so byk lah yg bgtau typo masing2. saya pun ada 1 typo yg sampai skrg saya ingat je mesti tergelak.

kisahnya pd thn 2008 dulu, saya chatting dgn kawan2 dalam YM. biasalah cerita mcm2. saya buka cerita yg saya pernah putus kejap dgn abg aleh sebelum kami couple blk dan terus bertunang. nak bgtau saya break up dgn abg aleh setahun sblm sambung blk. nak taip "break up setahun" tp saya taip "berak up setahun". HAHAHAHAHA!! mmg jd bahan ejekan kawan2 lain la masa tu.

itu yg saya rasa nak cerita saya kat faizal dan AG. saya dail sekali je terus dapat. tak lah susah mana. yg jwb call saya rasanya produser diora…

4 hari 4 mlm.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ALHAMDULILLAH. hari ni kembali ke tempat kerja setelah 2 hari bercuti. nawal dah keluar hospital ptg semalam setelah 4 hari dan 4 mlm kat wad. dia semakin sembuh.walaupun ada bunyi kahak skit2 lg but she's getting better. moga sembuh sepenuhnya. amin.

 ini masa dia kena nebulizer. mmg jd kemarahan dia kalau kena neb. mmg dia tak suka. jenuh pujuk jenuh paksa. nak habis satu2 sesi utk seksa rasanya. allahuakbar..

 bwk dia turun bwh jalan2 kejap. dah jam 8.45 mlm hari ahad. dah takde org kat hospital.lengang.
 adik ali mai melawat kakak. kesian dia rindu takdak kawan bergaduh.


part ni best. part mkn. saya order ikut tekak saya (disamping tu ada jgk tanya nawal,tp biasa dia nak mkn moi je.) atas tu makaroni with mushroom vege. kat bwh tu grilled fish with lemon sauce. bolehla. tawaq skit. hehe
pengalaman pertama kali masuk wad hosp swasta? ok lah. sbb ada takaful. cuba kalau takde takaful,mmg ke hosp biasa lah. tgk bil sema…

ke hospital jgk akhirnya.

Image
bersiaran dr katil 464, KPJ Penang hosp.dah 2 mlm nawal check in kat wad. masa check up dgn Doc Francis jumaat lps, beliau yg suruh nawal masuk wad sbb keadaan batuk nawal yg makin galak. huhu.. so kena amik ujian darah, buat nebuliser dan xray. sbb nak tau apa sakitnya yg demam payah baik dan batuk teruk berterusan. selsema jgk.masuk wad jam 1030 mlm.sbb siangnya takde katil kosong. amboih hosp swasta pun penuh jgk mcmana la agaknya hosp kerajaan.huhu..alhamdulillah nawal ada prudential sbb tu kami disini. mana2 pun saya ok saja yg penting anak2 mendpt rawatan utk sembuh.nawal disahkan ada jangkitan kuman kat paru2. influenza A. kuman ni anak cucu kpd kuman H1N1. alhamdulillah cpt dpt rawatan.kalau dibiarkan melarat?huhu tak dpt bygkan...doakan nawal cpt sembuh. kalau ada anak2 kita yg demam berlarutan sampai seminggu lbh wpun dah habis antibiotik pun still demam lg, buat lah ujian darah, xray dll. kita taktau apa sebenarnya kuman dlm bdn anak2 kita. semoga Allah melindungi kita semu…

Aidil Adha 1434H dan demam.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni dah 12 Zulhijjah. hari2 tasyrik yg diharamkan berpuasa. kalau di Malaysia kita masih lg melakukan ibadah korban, tp di Mekah jemaah haji masih di Mina melaksanakan ibadah melontar di jamrah.

masuk hari ni dah hari ke 7 nawal tak sihat. sejak dr hari jumaat lepas. saya dah bawak dia ke hosp swasta (sbb saya rasa keadaan dia yg demam panas dan muntah2 dia sepatutnya kena admitted.) alih2 bila sampai masa jumpa doc boleh pulak suhu bdn dia turun. dan doc tak rasa dia patut masuk wad. sudahnya ambik ubat saja. tp sampai skrg tak nak sembuh betul. Allah belum izinkan lg. esok pulak check up dgn doc yg sama,kalau keadaan dia masih begini mmg saya offer diri utk masukkan nawal ke wad. dah la susah makan ubat. haiyooooo! kalau dia baby bolehla paksa2, ni dah besar pujuk pun tak jalan. paksa lg lah teruk. umpan mcm2 pun tak nak. sanggup tak nak mandi kolam, mkn kfc,mandi sungai, main di playground, semua tu tak nak sbb dia ta…

demam.

Image
sesak hidung. badan sengal2. kepala berat. baru jd semalam. ingin sgt berehat di rumah.tp memandangkan mc saya utk thn ni dah 12 hari, rasa tak gamak pulak. bkn nk tunjuk rajin,tp slagi saya mampu berjalan kira saya masih gagah. doakan saya cpt sembuh.dah lama tak demam mcm ni.oh ya,hari ni masuk hari ke 2 aisyah nawal exam tadikanya. mmg sbg ibu baru saya excited lebih wpun anak saya baru 4 thn. biasalah anak sulong kan. saya tak letak harapan tinggi utk nawal,bg saya dia dah mengenal huruf rumi,jawi dan nombor itu dah cukup baik. alhamdulillah. tp kalau dia dpt A utk semua paper bagus jgk. amin. haha! doakan dia cemerlang.

Doaku untukmu sayang...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


lagu ini untuk anak-anak ummi tercinta.. Nawal dan Ali..ummi sayang kalian..sepenuh jiwa..

DOAKU UNTUKMU SAYANG

Kau mau aku apa
Pasti kan ku beri
Kau minta apa
Akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku
Tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti..

by Wali Band

Kampung Girl, Keroz Nazri dan Wali Band

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya rasa dah lama jugak saya tak fokus tgk drama slps saya gilakan cerita Adam Hawa dulu. masa tu hari2 minta member ofis downloadkan sbb kat rumah takde Astro. huhu. tu pun tak pernah ketinggalan sampai laa last episode.

sekarang ni dah terjebak dengan crita Kampung Girl pulak. asalnya tgk gitu2 je. sampai episod 9 baru saya rasa suka pulak. sampai download dr handphone (pulun sungguh.huhu). bila sampai hari jumaat je jd tak sabar2 tunggu jam 9 mlm. sanggup setelkan kerja rumah cepat2. urusakan anak2 siap2 semoga anak2 tenang dan tak kacau ummi nak tgk tv. lepas ni kalau kena keja shift ptg hari jumaat kena mintak tukar lah. hahaha tp tak lama dah, lg 2 episod (2 minggu) je lg nak habis dah cerita ni.

kebetulan kat library ni novel kampung girl tu baru je sampai. apa lg saya kidnap terus la. dlm masa sehari dah habis baca novel tu. sanggup korbankan waktu rehat utk setelkan. hahaha pulun sungguh!
mmg ada sikit perbezaan jl…