Wahai Tuhan, jagakan mereka..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah. ketika entry ini ditulis, sudah 3 hari abg ipar saya aka abg pi, afifah dan syaza sampai di Mekah utk menunaikan haji. diorang bertolak hari ahad jam 1.30 pg. saya, ma dan abg man sekeluarga sempat menghantar diorang di Kelana Jaya.

bertuah ifah dan syaza, dapat tunaikan haji ketika usia masih muda. diorang baru umor 23 dan 21. syaza pulak akan sambut hari lahirnya yg ke 21 di mekah pd 26 september ni. bertuahnya dia..itulah faedahnya kalau kita daftarkan anak2 kita awal2 utk tunaikan haji. mcm kes diorang ni, kakak dan abg pi dah daftarakan nama diorang sejak usia diorang 9 thn. sekarang ni kalau daftar mungkin dpt giliran thn 2072. sbb makin ramai org ada kesedaran utk mendaftar pergi haji.

terima kasih ma sbb daftarkan ina awal2 dulu. dapat jgk ina merasa pergi haji di awal usia. kalau tunggu ina daftar sendiri, entah bila dpt giliran.

so kami bertolak ke kelana jaya jam 5.30 petang sabtu, diorang kena masuk mendaftar sebelum jam 9.30 mlm. syahdu je bila azan dilaungkan ketika mengiringi pemergian diorang.


sweet betul ifah dan syaza dgn persalinan kurung putih ma jahit, dgn tudung labuh ibu diorang. 
dr kiri kakak saya (ibu), ma, ifah, mama zah (jiran dan kwn baik kakak), syaza, kak ilah tersepit di blkg, along syuhada (anak mama zah) dan kak wati, jiran kakak.

 dah sampai kelana jaya. masa ni kakak kena bertugas menguruskan jemaah. selalu dia yg tinggalkan family utk bertugas di mekah, kali ni dia pulak yg ditinggalkan. tp takpe, dia pun akan berangkat awal bulan oktober nanti, sbg petugas haji.


 ma, syaza, ifah, saya dan kak ilah. anak2 saya penyeri.


 dgn abg pi sekali yg masih belum lengkap berpakaian ihram. insyaallah, diorang buat haji tamatuk, sampai mekah terus buat umrah dan tunggu masa buat haji.



tak larat tunggu di bawah, org ramai sgt. jd kita tunggu di kafeteria kompleks tabung haji.selesa sikit. tp asyik layan bdk2 ni mkn dan minum je.


 dgn acik kesayangan diorang.
mohon doakan acik sekeluarga kat sana nanti.



 kesian afif dan ili, nak kena tinggal. tgk lah muka ili tu, mmg tgh sedih sgt.




ayah sedang meninggalkan pesanan buat anak bongsunya.


sedih. sayu. syahdu. seronok. bukan senang nak dpt peluang utk mengerjakan haji ni. semoga semuanya baik2 saja, dipermudahkan urusan oleh Yang Maha Esa dan beroleh haji yg mabrur. amin...




Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...