Posts

Showing posts from September, 2013

diam.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya seorang yang becok. suka bercakap. banyak cerita. pendek kata saya seorang yg ceria.
saya cuma akan diam kalau tak sihat, ada masalah atau sedang runsing.

cuma sejak akhir2 ini saya perasan bila saya bercakap, ada yg terasa hati. saya ni mmg jenis lantang orgnya. apa yg saya ckp mmg itulah dr hati saya. tp tak semua org boleh terima apa yg saya ckp. ada yg terasa hati. saya rasa bersalah sgt bila tau hal itu.

jadi saya rasa skrg, saya nak kurangkan bercakap. saya nak bercakap benda2 penting saja. tp itulah masalahnya. bila di tempat kerja saya tak bercakap sgt, org kata saya ada masalah. atau saya marahkan sesiapa. sedangkan mmg saya tak nak cakap. saya tak mau bercakap byk.  saya rasa baik saya diam dr saya bercakap tp mengecilkan hati org. sampai dengan kawan2 dlm whatsapp pun saya tak bercakap sgt.

susah rupanya nak jd pendiam ni. saya harap saya mampu utk melaluinya.

dr,

riena yang pendiam.

Wahai Tuhan, jagakan mereka..

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah. ketika entry ini ditulis, sudah 3 hari abg ipar saya aka abg pi, afifah dan syaza sampai di Mekah utk menunaikan haji. diorang bertolak hari ahad jam 1.30 pg. saya, ma dan abg man sekeluarga sempat menghantar diorang di Kelana Jaya.

bertuah ifah dan syaza, dapat tunaikan haji ketika usia masih muda. diorang baru umor 23 dan 21. syaza pulak akan sambut hari lahirnya yg ke 21 di mekah pd 26 september ni. bertuahnya dia..itulah faedahnya kalau kita daftarkan anak2 kita awal2 utk tunaikan haji. mcm kes diorang ni, kakak dan abg pi dah daftarakan nama diorang sejak usia diorang 9 thn. sekarang ni kalau daftar mungkin dpt giliran thn 2072. sbb makin ramai org ada kesedaran utk mendaftar pergi haji.

terima kasih ma sbb daftarkan ina awal2 dulu. dapat jgk ina merasa pergi haji di awal usia. kalau tunggu ina daftar sendiri, entah bila dpt giliran.

so kami bertolak ke kelana jaya jam 5.30 petang sabtu, diorang kena masu…

3 ibu.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dari kiri : mak mentua (mak). adik mizah, mak tiri (mak lin), saya dan ibu kandung (ma sayang) saya rasa tak ramai yg sebertuah saya. yang dilahirkan dalam broken family tp saya ok je. bukan tergolong dlm remaja atau anak bermasalah. alhamdulillah. semua baik-baik saja. saya punya ibu kandung yg saya panggil ma, yg lahirkan dan besarkan saya. tanpa ma siapalah saya. setiap gerak geri saya, setiap keputusan saya saya akan rujuk pada ma. restu dan izin ma adalah terpenting buat saya. sehinggalah selepas berkahwin, suami jd no 1 dan ma no 2. tu pun kalau tk tgk muka ma 2 hari dah rindu. mujurlah masih dok dekat. saya juga punya ibu tiri yg saya panggil mak lin yg saya kenal sejak kecil lg. dgn adanya maklin, saya merasa punya adik2. sbb saya kan anak bongsu ma. tp saya anak ke 5 arwah ayah. dari dulu sampai sekarang hubungan kami rapat. saling berziarah. saling bertemu. pendek kata, saling sayang menyayang. sekurg2nya 2 minggu…

pesan acik.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum Afifah dan Syaza Aiman,
semoga kalian sihat2 hendaknya. sudah lama kita tak bertegur sapa di whatsapp, we chat, instagram atau facebook (baru 2 hari kot). mcm lama dah tak berbual mesra. (apa poyo sgt acik ni??)

ok,ok. i'm serious.

hari ini dah 5 september. kurang dari 17 hari lagi kalian bakal bertolak ke sana. macamana dengan persediaan kalian? mental? emosi? fizikal? tempat yang kalian nak pergi ni bukan mcm korea, jepun, new zealand mahupun bandung. tempat yang kalian nak pergi ni tempat istimewa. sangat istimewa. tempat yang pernah acik jejak 3 tahun lepas dan sgt merinduinya hingga saat ini.

ada beberapa perkara yang ingin acik titipkan buat kalian, anak2 saudara yang sgt acik sayang..
mungkin ada perkara yang kalian dah biasa dengar. yg sudah di pesan oleh ibu ayah atau ustaz ustazah ketika kursus haji. ini cuma pesanan yg timbul dari pengalaman acik yg lepas.

 sebelum berangkat.
sebelum berangkat. …