Thursday, 22 August 2013

3 tempat.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sekembalinya saya dr berkursus di Shah Alam semalam, saya terus pulang ke rumah. anak2 ada di rumah kakak ipar saya. abg aleh minta saya balik dulu, nanti dia balik baru pegi ambil budak2 tu sama2.

jumpa ja budak2 tu di rumah mak tam diorang, terus kena peluk cium. tak lepas2.  nawal dok pegang kaki, ali dok berdukung peluk leher. alahai, tersentuh hati. rindu sangat lah tu gamaknya.

nak cerita sbnrnya pasal nawal. dalam kereta nak balik rumah, nawal ckp :

lepas ni ummi jangan p dah 3 tempat ni. (sambil naikkan 3 jari dia).

apa dia 3 tempat tu? tanya saya.

nawal jawab :
1. tempat kursus.
2. bandung
3. batu belah batu bertangkup.

HAHAHAHAHA!!  saya ketawa kuat. subhanallah, anak ini.. tak sangka 3 tempat tu buat dia rasa kehilangan saya. kursus tu mmg tak dpt lari lah. setahun sekurg2nya sekali je saya kena tinggalkan anak2. bandung tu saya pegi bulan jun lps, 6 hari jgk saya tinggalkan anak2. yg batu belah tu sbb saya selalu gertak nawal kalau dia buat hal. "oo,nawal tak dengar ckp umi ye,takpelah nanti umi nak p batu belah." saya pernah cerita pasal kisah dongeng tu bkn niat nak menakutkan dia,tp nak bg pengajaran. tak sangka dia betul2 takut. yelah, kalau saya pegi tempat lain dia tahu mesti saya akan bawak dia dan adiknya. mcm KL, kelantan dan lain2. cuma kalau 3 tempat tu je saya tak bawak dia. hahaha kelakar nawal ni..

tp, dalam ketawa2, nawal tak tahu, mungkin ummi akan tinggalkan dia lagi kalau nak pegi lg 2 tempat.

1. umrah/haji
2. alam barzakh.

semoga anak2 ummi baik2 saja kalau ummi tinggal lagi. :)



3 comments:

shaliza said...

:-)
ke lama barzakh tu pasti..cuma tak tahu samaada kita @ anak2 yang pergi dulu...semoga sama2 redha..wallahua'lam

Kniedaz said...

alahai...sweetnya nawal ni..pandai betul dia...

RieNa said...

shaliza : betul,taktau sapa dulu.

kida: kdg2 tak terpikir langsung apa yg dia ckp.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...