Posts

Showing posts from August, 2013

mimpi yang tak sudah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

amboi tajuk~!!
hehehe kemain kan?

bkn apa, mlm ni kerja shift petang. tetiba rasa nak dengar lagu2 lama. so buka you tube dan terus taip Ibnor Riza. sbb antara lagu lama yang saya suka adalah lagu ini : Mimpi yang tak sudah.

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah




takda makna apa pun. saya suka dengar melodi dan lirik ni. ada lagi, mcm lagu adam ahmad ( kau pergi jua.), razis ismail (kepulangan), shidee, francisca peter, jamal abdillah dan ramai lagi lah.

bila tgk list lagu2 lama ni, baru terperasan, a…

3 tempat.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sekembalinya saya dr berkursus di Shah Alam semalam, saya terus pulang ke rumah. anak2 ada di rumah kakak ipar saya. abg aleh minta saya balik dulu, nanti dia balik baru pegi ambil budak2 tu sama2.

jumpa ja budak2 tu di rumah mak tam diorang, terus kena peluk cium. tak lepas2.  nawal dok pegang kaki, ali dok berdukung peluk leher. alahai, tersentuh hati. rindu sangat lah tu gamaknya.

nak cerita sbnrnya pasal nawal. dalam kereta nak balik rumah, nawal ckp :

lepas ni ummi jangan p dah 3 tempat ni. (sambil naikkan 3 jari dia).

apa dia 3 tempat tu? tanya saya.

nawal jawab :
1. tempat kursus.
2. bandung
3. batu belah batu bertangkup.

HAHAHAHAHA!!  saya ketawa kuat. subhanallah, anak ini.. tak sangka 3 tempat tu buat dia rasa kehilangan saya. kursus tu mmg tak dpt lari lah. setahun sekurg2nya sekali je saya kena tinggalkan anak2. bandung tu saya pegi bulan jun lps, 6 hari jgk saya tinggalkan anak2. yg batu belah tu sbb saya selalu gert…

cerita kursus.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

nah ambekk..sekali update 3 entry terus. hahahahah!!

sebenarnya saya kat pusat IT uitm shah alam ni. ada kursus. tp sempat curi2 update blog. teruk betul. nanti blk ofis mesti dah kalut tak sempat nak update. sementara boleh ni kita bubuh dulu 2,3 entry. pastu kita biar bersawang lg blog ni. hahaha!

saya sampai sini hari ahad lg, datang dgn sha, officemate saya. kitorang stay kat De art Hotel,seksyen 7 shah alam. ok jgk hotel ni,wpun kecik, tp cantik. bilik pun ok, nice. saya paling suka shower dia sbb jenis besar.mmg rasa mcm mandi hujan. hahaha

dan semalam, 2 org lg officemate saya sampai, kak zue dan kak eirma, diorang hadir utk kursus lain pulak. mcm nilah kerja..kalau org suruh hadir, kita datang je lah.

 setiap bilik ada design dinding tersendiri. memang cantik.


 ini kat lobby hotel.



sekarang jam 12.23 tgh hari. dijangka selesai jam 1. pastu mkn dan solat, terus balik penang. dah tak sabar nak jumpa anak2. 
ummi rindu k…

baby baru dan bakal adik ipar baru.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

alhamdulillah, adik saya hidayah yg berkahwin tahun lepas, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pd hari jumaat 16 ogos lepas di hospital Alor Setar. alhamdulillah. kalau ikut duedate lambat lg, awal bln 9, tp dayah kena darah tinggi pulak, so doc percepatkan proses kelahiran. takpelah,asalkan semuanya selamat syukur alhamdulillah.

so memperkenalkan baby baru yang-belum-ada-nama-lagi :








berat 2.18kg. kecik comel je. 
acik doakan semoga Allah pelihara kamu dlm kebaikan, lindungi kamu dr segala kejahatan dunia dan jadikan kamu anak solehah yg membahagiakan ibu ayah kamu dunia akhirat. amin..
yang menariknya, baby ni lahir pd hari jumaat. hari sabtu pulak ibu saudaranya (adik saya sorg lg) bertunang dgn lelaki pilihannya. mak lin ada buat kenduri kecik2 bagi meraikan tamu dan sbg tanda kesyukuran. kenduri ni utk 3 kegembiraan : si Mizah bakal berkahwin, si Dayah selamat melahirkan dan baby sihat dan adik bongsu saya si…

cerita raya 2013

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni dah berapa syawal ni? baru nak up gambar raya. hahaha! sebuk sgt. byk cerita. taktau nak mula mana dulu.

takpa,kita slow2 mulakan. gambar pun tak ikut turutan ni. main belasah je.

jadual saya mcm biasa tiap2 tahun. bermalam di LY, abg leh subuh di masjid LY. beraya dan mkn pg dgn mak mentua di LY. bertolak ke rumah ma di KP, siap2 ke masjid. tahun ni kami ke masjid Mengkuang. sbb nak dengar khutbah dari Dr Asri Zainal Abidin (mmg beliau biasa khutbah raya disitu, kampung asal beliau.)

selesai solat raya (yg wajib kena pegi,tak pegi rasa mcm tak raya), balik rumah ma,sambung mkn dan bergambar. mmg sronokla boleh bergambar.tambah2 dgn dslr abg ipar, lagi sakan lah.



sebahagian dr keluarga besar kami. ini tak ckup lg sbb keluarga abg man dan abg lan tak sampai lg.

ayah wan dan 3 cucu kecil.

 anak sedara paling tua dgn acik comelnya. hahaha

 ummi dan anak sulongnya. saya 1st time belikan nawal tudung syria. kemas dia paka…

SALAM AIDILFITRI 2013 / 1434H

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pecah rekod kali ni tak update langsung bulan puasa. sibuk sangat tak sempat.

ali demam sejak 18 ramadan, hari ni 27 ramadan baru sihat. si nawal pulak sakit mata hari ni. aduhai dugaan ramadan menjelang syawal.

update ringkas,

kami sekeluarga mohon ampun maaf atas salah kata tutur bicara dan perbuatan kpd semua.
semoga kita sentiasa dlm keampunan dan rahmat dr Yang Maha Esa. amin.