Salam Ramadhan 1434 and congrats Kyra~!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

1 Ramadhan 1434
10 Julai 2013.

semoga ramadhan kali ini dpat mendidik diri kita menjadi hamba Allah yg lebih baik. amin.
utk saya sendiri, selain memperbaiki ibadah , saya kena dan MESTI jaga pemakanan saya. semua sebab saya tak nak jd pesakit DIABETIS.

(baru2 ni saya ada buat ujian MGTT, dan resultnya adalah 12. dan itu sudah masuk tahap diabetis. saya tak nak. huhuhu.. so doc bg masa 3 bulan utk saya berubah. semoga lepas 3 bulan ni result saya lebih baik. terima kasih kpd doc peribadi tak berbayar Dr Sarah Sofian atas nasihat pjg lebar beliau semalam. i luv u fren.)

oklah. tak nak cerita pasal tu. nanti saya runsing.

saya nak cerita tentang adik saya, Khairani dah GRAD! yeay! alhamdulillah, usaha dia merantau jauh utk menuntut ilmu telah membuahkan hasil. dia telah tamat belajar dalam bidang Food Science and Nutrition. Alhamdulillah. barakallah Kyra! maafkan kami semua sbb tak dapat hadir pd hari bersejarah awak, hanya doa dan ucapan yg mampu dr kejauhan. (sbb tiket p UK mahai sgt, boleh p bandung 14 kali tau dak. huhuhuh). ada jugak live streaming dr universiti dia, so boleh tgk dr rumah je. saya tgk yg rakaman je. best jgk boleh tgk byk2 kali. untunglahhhhh...

ini gambar2  yg saya curik dr FB dia.




alhamdulillah. selamat sudah semuanya. siapa sangka sorg budak yg manja yg duduk asrama 2 hari je lepas tu mintak nak keluar asrama, boleh merantau jauh selama 3 tahun utk menuntut ilmu. itulah bila kata nak seribu daya kannnn.. ;)

(pembetulan, tuan badan kata dia bukan duduk 2 hari kat asrama, sebenarnya dia tak duduk langsung. hahaha)

selamat graduasi kyra. semoga perjalanan hidup yg baru bakal membahagiakan. dipermudahkan segala urusan oleh Allah, dimurahkan rezeki dan dicepatkan jodoh, amin. hihihi

Kyra bakal pulang pd jumaat nanti, 12 hb. agak2 sempat tak nak buat banner besar2 letak depan pagar kilang getah??? muahahahahaha!!


Comments

Kniedaz said…
bila Riena wat MGTT tu? ish..seram la pulak ..kida pun kena jaga makan sebab arwah abah dulu pun ada diabetis...tahniah wat Kyra ^_^
RieNa said…
riena buat ujung bln 5. serius kak ida, p la cek. better tahu awal. boleh jaga dr awal. MGTT test adalah terbaik utk tentukan kita ada diabetis ke tak.
Mommy Nur Zara said…
wah kyra ni. sat ja masa berlalu dah grade. tahniah kyra. amik food science n nutrition bleh la dia tarbiah akak riena dia hehe

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::