sesi Pot Luck #2 tahun ini.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Ahad lepas 2 hb, selamat buat pot luck kat rumah kwn sekolah saya, Dr Abdullah Aziz (pak lah) yg baru pulang dr UK tahun lepas. sebenarnya saya dan kawan2 sekolah saya ni hari2 keep in touch, kalau dulu dlm FB je, skrg ni dalam Whats App pulak. aduhai..hari2 ada ja benda yg menggelikan hati. sampai idea utk pot luck ni pun tercetus dlm tu, plan susah payah dari bulan 4 lg kot kalau x silap.

kalau dulu kami buat kat rumah sarah, kali ni rumah paklah pulak yg terpilih. kat taman ilmu,nibong tebal. jauh jgk lah dr rumah saya. saya pegi dgn wani, sbb anak2 tak ikut, abg aleh pun ada hal, kena pegi kedai. so membujang la saya join cik wani yg mmg single lg. brtolak dr rumah ma dalm jam 4 lebih, sampai rumah pak lah dlm 5.30. follow kereta Mizwar Abduh dr belakang sbb tak reti p nibong tebal ikut jalan bawah. highway jem teruk katanya kat Juru.

 seronok kumpul ramai2. jumpa je dah gelak-gelak. entah apa yg lucu sgt.
dr kanan tu ifah wife muhd dan fadlina wife yatim.

walaupun kami baru kenal tapi cpt mesra. alhamdulillah. ini kali ke 2 saya jumpa fadlina,masa kali pertama dulu time kenduri. tak sempat nak sembang lama. hari ni dapatlah berbual lebih sikit.
dgn ifah wife muhd tu dah tak terkira byk kali dah jumpa. hehehe dah kenal lama.

dr kanan : ilyia kawan saya sejak darjah 3, sarah kawan saya sejak form 1, dan ana,wife paklah yg saya kenal sejak tahun 2 di ukm.sblm ana kawen dgn paklah lg saya dah kenal dia. muehehe

dari kanan sifah kawan semeja saya sejak form 4, wani kawan birthday tua sehari, fadlina dan saya.

khusyuk makan. sedap sgt lontong ana buat.

lepas makan sembang makan sembang makan sembang. berhenti solat maghrib ramai2 pastu sambung makan lg sampai ketat perut.

pihak perempuan.

bergambar ramai2. rasa aneh dlm gambar tiada gambar suami dan anak2 saya.






gaya bebas. hahahaha ceria masing2.

antara makanan2 yg dihidangkan.

saya bawak nasi himpit dan kuah kacang.
tuan rumah Ana  buat kuah lodeh dan sambal sotong. mkn dgn nasi himpit jd lontong. sedap gila. sampai skrg terkenang2.
ilyia masak laksa.mabeles .
wani masak bihun sup tulang yg enak daging lembut.
sarah buat spaghetti olio pedas tp sedap.
fadlina bwk rendang ayam yg hingga menjilat jari.
sifah bawak kek chocolate indulgence jgn ckp apa lah sampai licin bedal.
aiffah buat shepperd pie pakat berebut dan manisan sagu gula. haihh sedapnya.
royd bawak sate. (muahahahahahaha sate lah sgt~!!)

oh, ini aiffah dan adib yg sopan dan tertib mcm ibu dia.

bila2 kena buat lg potluck. seronok makan2 dan berkumpul ramai2 dgn kuantiti yg sedikit. kalau buat potluck besar2 nanti tak sempat nak catch up masing2. asalkan tercapai matlamat utk mengeratkan silaturahim. semoga Allah memberkati. aminnn...

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...