Monday, 10 June 2013

Salam 1 Syaaban 1434H - 10062013

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni 1 Syaaban dah.
lagi sebulan Ramadhan bakal tiba.
seronoknya~!!

hari ni penat sgt rasanya. pg td bgn pukul 4.45 am, siapkan sahur. saya bersahur dgn ma pg td. anak2 pukul 6 pg dah bgn,sebelum sempat ummi siapkan dobi. pukul 7.30 pg dah keluar rumah ,hantar kakak nawal ke sekolah dan terus ke hospital sbrg jaya. ali ada check up dgn pakar kanak2. dah lama tak datang sini, last sekali check up ali bulan april tahun lps. dah setahun lebih.

ambik nombor, buat ECG, tunggu doc biasa panggil, cek dgn doc biasa, tunggu doc pakar, cek dgn doc pakar, scan jantung bla bla setel semua jam 10.30. terus balik hantar ali, kemudian hantar ayah dan ummi terus ke tempat kerja. sempat take a nap kejap sebelum masuk kerja jam 12.45 pm. letih rasanya.

hari ni pulak hari pertama semester baru. students ramai sgt. jaga kaunter IT dah mcm lipas kudung. seronok bkerja sebuk2 mcm ni. cepat saja masa berlalu. banyak hal nak kena buat hari ni. tu pun tak sempat habis lg.

balik rumah nanti jam 10 mlm. aduhai. rasanya lps berbuka nanti ok kot. kering tekak hari ni bercakap byk sgt.

oh ya, nak cerita bab ali sikit. dia akan berusia setahun 11 bulan esok. Setakat ni kesihatan dia alhamdulillah,baik2 saja. setakat selsema skit2 tiap2 bulan tu biasalah. masa jumpa doc td pun ada 1,2 benda doc ckp tp tak merisaukan. semua ok2 saja. cuma kena pantau selalu. so doc nak jumpa dia nanti thn 2015. huiii, lambat lg. :)


hero ummi, the survivor Ali Nufail. :)

dia sgt cool td. masa buat ECG dgn nurse dia tenang dan rileks2 saja. masa jumpa doc pun dia tenang2 sj. doc letak stetoskop kat dada pun dia senyum2 saja. sblm jumpa doc pakar nurse ada tanya,ali ni boleh duduk diam2 tak,sbb nanti doc nak scan. kalau agak2 dia lasak nurse nak bg ubat tidor so nanti dia tido senang la doc nak scan. saya dgn yakin kata tak perlu kot. Ali boleh tenang2 nanti. amin.

Alhamdulillah,masa doc scan pun ali rileks2 saja. elok je dia sembang2 dgn saya. tgk duck, mickey mouse, lion. bercerita la ummi tak berhenti sbb tak nak dia hilang fokus. siap je semua terus ali ckp," umi, jom ayik! ayi apaq ashik" (ummi, jom blk,ali lapaq nasik) amboi, tak sabar2 lg. dah boring la tu.

subhanallah alhamdulillah. allahuakbar. terima kasih Allah atas segala nikmat dan rahmatMu. amin.

1 comment:

Kniedaz said...

Alhamdulillah Ali baik-baik saja..

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...