Derita sakit gigi.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sapa pernah sakit gigi? kalau tak pernah tu mmg hebat lah kan.. semua pun pernah rasa kot sakit gigi..saya ni dah berbulan2 sakit gigi. on and off. ada ketika rasa sakit amat mcm nak hantuk kepala kat dinding. ada ketika sakit sedang2 ja kerut2 ja muka, ada ketika sakit manja2 yg boleh senyum2 lg boleh melantak nasik 2 pinggan. hehehehe

kalau tak salah dr bulan 3 sata mula sakit. mulanya saya ingat sbb cuaca panas, saya kurg minum, jd gusi bengkak. (pandai2 je buat teori sendiri) hehe. lps tu hari demi hari makin kerap pulak sakitnya. saya beli ubat tahan sakit dr farmasi, ok lah kejap. pastu nanti sakit lg. sampailah saya buat keputusan nak check gigi kat klinik kesihatan kubang semang pd 31 mei lps. doc gigi sahkan ada gigi geraham bongsu kat hujung sekali tu nak tumbuh. tp tak boleh naik sbb tersangkut. doc minta saya buat x-ray utk pastikan keadaan tu. so 5 Jun saya ke hosp sbrg jaya buat x-ray, 6 jun hantar blk result x-ray ke klinik, mmg sah, gigi saya tumbuh menyerong. kiri kanan pulak tu. patutlah sakit sgt.

jd doc refer saya jumpa pakar gigi kat hospital seberang jaya pada 12 Jun.

semua gambar2 ni saya ambil dr pakcik Google.

 mcm ni lah keadaan gigi yg tumbuh tu. tp bahagian bawah je la. kiri dan kanan.


 result x-ray saya taklah nampak terang mcm ni. tp doc (yg tau tgk x-ray) ckp mmg ada gigi saya tumbuh menyerong. dia tunjukkan saya yg putih2 tu..

ngeri pulak tgk.

  saya rasa gigi saya tumbuh angular. walaupun doc ada sebut horizontal.


mmg sah, saya kena lakukan pembedahan kecil utk buang gigi geraham yg menyakitkan itu.

 apa..??? pembedahan???? takkan kot..cabut gigi mcm biasa2 saja tak boleh ke..??

tak boleh. sbb gigi ni duduk kat dalam. kena belah gusi dan tarik gigi tu keluar. - doc kata.

haaa?? rasa nak pengsan bila doc ckp mcm tu. huhuhu.. tp kalau tak cabut, saya akan menderita sakit sepanjang masa. saya tak sanggup dah. skrg ni ubat tahan sakit pun dah tak lut. agaknya gigi dah tak mkn saman. seksanya, Allahuakbar, hanya Allah yg tahu. gigi tu pun kalau tumbuh mcm tak berguna, sbb duduk kat hujung sgt. mmg tak boleh menggigit pun. nak gosok gigi pun payah, tak tercapai dek berus gigi. hehe

jd, tarikh utk pembedahkan kecil itu ialah pd 1 july nanti. lepas tu dpt MC 3 hari. yeyeah!
(berdebar2 takut, tp sekurg2nya saya tahu derita saya bakal berakhir.)


Comments

Z@i Z@mR33 said…
rsnya dl yatie pon penah operate psai ni kot...spital sbrg jy gak..
RieNa said…
ya ka?? dia ckp sakit x?/ huhu kami berdebar ni...
shaliza said…
Sakit gigi mmg tak tahu nak cakap lagu mana, bila time dia datang tu...huhu
takperla..mmg gigi bongsu tu tak ada fungsi...tawakal, dari duk sakit tu baik buang:-)
Anonymous said…
Salam,
saya nak tanya ok tak perkhidmatan kat klinik kubang semang tu sebab saya pon nak buat minor surgery kat situ jugak. nak ke klinik swasta tapi mahal sangat. Nak ke klinik kerajaan macam-macam cerita dengar, takut pulak.
RieNa said…
salam cik anony,

klinik kubang semang tu klinik kerajaan,ada klinik gigi dlm tu. tp cuma ada pemeriksaan biasa dan cabut gigi saja. kalau ada operation dia akan hantar ke hospital jgk.

hrp membantu. takyah takut kat mana2 pun sakitnya sama saja. hehehe
Sis mcm mna ok x pmbdhan tu .. ??
Sya Pun kn refer Pakar gigi takutnyaaaa
RieNa said…
sakit masa buat tu je.. tp lps tu dah tak sakit dah. ok insyaallah. semua baik2 sj.

Popular posts from this blog

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...