Monday, 3 June 2013

cerita Langkawi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah seminggu lebih balik dr langkawi. tapi tak cerita apa2. mcm mana nak knang pd masa depan ni..?hehe

kami bertolak hari rabu 22hb Mei, lebih kurang jam 9 dr rumah. sampai kuala kedah jam 11. feri sampai pukul 12. so sempat lunch dulu tepi jetty tu.

harga tiket feri : RM23 utk dewasa dan RM17 utk kanak2.

jetty kuala kedah.

kami naik ferry apa ntah. kecik sikit. bergoyang teruk jgk. nawal siap muntah dlm feri. nak sampai dekat 2 jam. adoii sakit kepala.

ali sengih2 je. dia sorang je yang tak mabuk laut. org lain semua mcm nak pitam dah.

sampai jetty langkawi jam 2 ptg. abg man dah tunggu kat sana. siap dgn kret sewa Avanza. cukuplah kami ber 6 dewasa dan 3 budak. saya, suami, ma, ayahwan, abg an dan kak da. bdk2 nawal, ali dan arissa.
abg man dpt sewa rm80 je kereta ni. sbb dia dah biasa sewa kat tuan tu. kalau ikut harga biasa boleh cecah rm120 - rm140. alhamdulillah. rezeki kami.

sampai langkawi terus kami ke pantai cenang. dah sewa motel kat sana. saya sewa Mila Motel dr booking.com. senang.mudah.murah. hehehe bilik kami 2 katil queen size rm90. bilik ma dan abg an 1 katil queen size rm80.  dekat je motel dgn pantai. jln kaki 3 minit.

 ini bilik abg an. 1 katil queen. luas jgk. bolehla arissa merangkak dlm bilik. ada provided cerek, hair dryer, ubat nyamuk. hehe. oh, beraircond ok.

 ni ruang depan. simple je. mmg selamba dan sempoi.


ptg tu takde aktiviti sgt. rehat dan mandi laut sj. kebetulan ayahwan tak sihat. so mmg tak ke mana. nawal jumpa laut mmg excited, tp ali penakut sikit. dia tak suka pasir2 ni.


pic tu ada blur skit sbb ada pakcik tu mandi tak pakai baju. tak cantik gambaq kami. hahahaha

malamnya kami dinner kat kedai tomyam hj ramli kat pantai cenang tu. abg man kata kat situ mahal sgt. entahla, dia datang lewat lps kami mkn. nak bt mcmana. asalkan kenyang.

hari ke 2 : destinasi pertama kami ke gunung mat chincang nak naik cable car. mmg tu hajat abg aleh nak naik cable car. org ramai jgk tp beratur pjg tak lama sgt. kejap je. harga tiket dewasa rm15 kanak2 saya tak ingat. samada rm10 atau rm8. hahaha. tp kena bg ic lah. kalau org luar rm30. mahal.


 ma dan ayahwan. ma kelakar.dok baca doa naik gondola tu. tetiba ada doa,"murahkan rezeki kami.." adoilaa ma..
 abg an sekeluarga.


ali terpejam2 mata ni kenapa? takutlah tu. hahahaha


kami semua boleh naik dlm 1 gondola. seronok! saya mmg agak gayat tp ok2 je. nawal ali excited tp masih dok diam2. abg an mmg takut tgk muka pun cuak. abg leh pun sama tp masih senyum2.


gambar di puncak gunung mat cincang. happy anniversary sayang! 5 tahun dah kawen. alhamdulillah. pic kami berdua nawal yg snapkan. anak umor 4 tahun dah reti snap pic umi ayah dia.



a happy family

ibu beranak 2. amboi nawal, kemainnnn...

                               
turun dr kereta kabel, kami sempat naik kereta kuda. bayar rm5 sorang.
ali takmau naik,  dia takut kuda tu. hahahah!



lps selesai semua, kami ke makam mahsuri, sbb nak ke pekan kuah. makam mahsuri tu on the way saja. so bolehlah singgah kejap.

tiket masuk ke makam mahsuri ni dewasa rm7. kanak2 bawah 6 tahun percuma. (rasanyalah. lupa pulak.huhu)



 kami kat rumah pandak mayah,  rumah asal mahsuri.

 (senyum2 tgk telefon tu mesti bac whtsapp kawan2. huhu)


lepas tu kami ke pekan kuah. jumpa abg man. lunch sama2 dan mulakan sessi menyopping bermula dr jam 3. saya tak membeli apa sgt. sikit2 saja. ma yg membeli sakan.

sampai ke motel jam 5.30 ptg. nawal sambung mandi laut dgn ayahnya. saya lepak bilik je dgn ali. ali dah kletihan sgt. pukul 7.30 pm dah terlena sampai ke pagi. sampai kan dinner pun saya keluar dgn ma, nawal dan abg an sekeluarga saja. abg aleh tunngu ali dan ayahwan keletihan. mlm tu mkn simple2 saja. jimat sgt jauh beza dgn makan sebelum tu. tak apa asalkan kenyang.


hari ke 3. kami check out jam 10 pg. hajat nak pegi underwater world tp ntah kenapa rasa malas sgt. padahal dekat je. kami terus ke dataran lang sbb nak bergambar. lps tu ke Haji Ismail Group Mall beli brg sikit2 lg. lps tu balik ke tempat abg man kerja, mandi solat siapkan anak2.




 ayahnya takde, tunggu kt parking sbb takde tempat nak park keta.

ini dah kat jetty langkawi. dapat tiket jam 4 pm. oh ya, kalau nak naik feri pastikan tiket tu  feri nama "my Ferry'. sbb feri tu besr dan luas. so tak lah beralun kuat sgt. masa balik takde sapa pun yg pening dan muntah. semua ok saja. tanya kaunter kalau nak lebih tepat.

sorry, malas nak edit. biar teleng. hehehe


sampi kuala kedah dlm jam 6 pm. singgah makan kat kedai tomyam, solat maghrib jamak dan teruskan perjalanan balik rumah. sampai lahaq yooi dalam pukul 1030 mlm. anak2 dah terlena keletihan.

alhamdulillah, percutian yg sgt menyeronokkan walaupun penat (dan byk habis $$$) hohohoho!


9 comments:

Z@i Z@mR33 said...

syoknya cuti...

hajat nk cuti2 asik ttangguh ja

Mommy Nur Zara said...

syok la dua beradik tu.
turn farah plak nak p bercuti this week. nak relax. letih dgn keja n wedding adik hehe

RieNa said...

cik zai : p la dlu nnti ada baby lagi lah tangguh2.

mummy zara ; selamat bercuti~!!

shaliza said...

in plan nak pi langkawi-tp x tahu bila...one day insyaAllah:-)

Anonymous said...

Riena, kami pun rancang nak pi Langkawi hujung bulan ni. Tapi mcm tunda tak jadi pi sebab anak-anak nak pi Cameron pula. Asalnya depa nak tengok penguin kat underwaterworld tu.

- Paklah -

RieNa said...

shaliza : takpa, simpan duit dlu, baru best nanti nak shopping. hehehe

paklah : rasa menyesal pulak tak p underwater world tu. huhu

Anonymous said...

Salam.. Nak tanya sikit, dok kat mila motel tu ok x? Bilik n toilet dia bersih x? Tq

RieNa said...

mila motel ok, bilik luas.toilet luas. bersih. tp toilet simple,takde bath tab ke apa. staf ok,rajin,ramah. tp mila motel ada 2 tau,kat pantai dan dlm kg. so kena pastikan masa booking tu. kalau dlm kg mungkin jauh skit dr pantai.

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam rina,

weeeee.....tak sabo2 dah sha nakg langkawi :)
17hb ni :)
tang cable car tu memang rm15 sampai la ka????
p/s: Zai, jom kita p skali nak????he3

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...