Sunday, 23 June 2013

23062013 - AN dah 4 tahun!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dia petah.
dia kelakar.
dia aktif.
dia sensitif.
dia suka menyakat.
dia kuat merajuk.
dia ringan tulang.
dia rajin membaca.
dia cerdik.
dia.. mcm2 lagi lah!





dia ialah Aisyah Nawal, permata hati saya. anak sulong saya. yg lahir tanggal 23 Jun 2009 setelah setahun berkahwin. dia wujud setelah saya mengalami keguguran selepas 3 bulan bernikah. kehadirannya membahagiakan ami, dulu,kini dan insyaallah buat selamanya walaupun kami telah kembali ke 'sana'. amin.

hari ni dia sudah berusia 4 tahun. Alhamdulillah.



Ya Allah,
          Bentuklah puteriku Aisyah Nawal Mohd Salleh (dan Ali Nufail ) menjadi insan yang cukup kuat untuk mengakui kelemahannya, dan cukup berani menghadapi dirinya sendiri bilamana dia berasa takut. Menjadi insan yang tetap teguh berdiri tegak dalam kekalahan yang sementara, jujur dengan rendah hati serta berbudi luhur dalam kemenangan.
Bentuklah putera puteriku menjadi insan yang mampu mewujudkan cita-citanya, tidak hanya tenggelam dalam angan-angannya. Manusia yang mengenal Engkau dan insaf bahawa memahami dirinya sendiri adalah asas semua pengetahuan dan kekuatan. 
Ya Allah Ya Tuhanku,
            Didiklah putera puteriku supaya berhati cekal, tabah dan teguh berdiri diatas badai yang mengganas serta belas kasihan terhadap mereka yang lemah dan memerlukan pertolongan.
           Bentuklah putera puteriku menjadi manusia yang berhati jernih, jiwa yang tulus ikhlas, yang bercita-cita tinggi untuk membela seluruh umat Muhammad s.a.w. membawa manusia daripada kehidupan dunia yang sempit dan sementara kepada kehidupan akhirat yang luas dan kekal. Membawa manusia yang memperhambakan diri kepada sesama makhluk kepada memperhambakan diri hanya kepadaMu Ya Allah,
             Manusia yang mampu memimpin dirinya sendiri sebelum berhasrat memimpin orang lain, manusia yang mampu menjangkau masa hadapan namun tidak pernah melupakan masa yang lampau, Memahami dari mana asal usulnya, untuk apa mereka dijadikan dan ke mana tempat akhir tujuannya.
            Aku mohon agar putera puteriku Ya Allah, diberikan kekuatan, ketekunan, ketabahan, kesabaran, agar mereka sentiasa serius dan berkesungguhan dalam mengejar cita-citanya seterusnya menikmati dan mensyukuri hidupnya.
            Kurniakanlah putera puteriku Ya Allah ,kerendahan hati, keluruhan budi dan keredzaan untuk menerima dan menyedari bahawa keagungan sejati datangnya hanya dariMu, Ya Allah dzat yang menguasai sekelian alam. Kebijaksanaan diraih dengan pemikiran terbuka dan kekuatan sejati terletak dalam kepatuhan dan ketaatan hanya kepadaMu Ya Rabbi, Tuhan yang tiada permulaan dan tiada pengakhirannya. 
 Amin Ya Rabbal 'Alamin...
Ayah & Ummi.
230613
 

1 comment:

dafalfil said...

Alhamdulillah do'a yg hebat.thx Umi

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...