Posts

Showing posts from June, 2013

23062013 - AN dah 4 tahun!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
dia petah.
dia kelakar.
dia aktif.
dia sensitif.
dia suka menyakat.
dia kuat merajuk.
dia ringan tulang.
dia rajin membaca.
dia cerdik.
dia.. mcm2 lagi lah!





dia ialah Aisyah Nawal, permata hati saya. anak sulong saya. yg lahir tanggal 23 Jun 2009 setelah setahun berkahwin. dia wujud setelah saya mengalami keguguran selepas 3 bulan bernikah. kehadirannya membahagiakan ami, dulu,kini dan insyaallah buat selamanya walaupun kami telah kembali ke 'sana'. amin.

hari ni dia sudah berusia 4 tahun. Alhamdulillah.



Ya Allah,
          Bentuklah puteriku Aisyah Nawal Mohd Salleh (dan Ali Nufail ) menjadi insan yang cukup kuat untuk mengakui kelemahannya, dan cukup berani menghadapi dirinya sendiri bilamana dia berasa takut. Menjadi insan yang tetap teguh berdiri tegak dalam kekalahan yang sementara, jujur dengan rendah hati serta berbudi luhur dalam kemenangan.
Bentuklah putera puteriku menjadi insan yang mampu mewujudkan cita-ci…

ini pulak post yang ke 890. haha!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

asalnya nak puasa hari ni, tp terjaga jam 530 dah. tak sempat sahur sbb imsak pun 5.35am. saya ni kalau bersahur tak mkn nasi rasa mcm tak lengkap. mcm tak kuat. hahaha!

terjaga tu sbbnya nawal kejutkan, dia mintak nak minum air masak. lps tu dia tanya "ayah mana?" oh baru saya perasan suami takde. ke mana laki aku ni tak blk2? mulalah nak risau kan. lps tu check hp tgk ada 2 sms. abg aleh bgtau dia bawak kwn dia ke hospital sbb sakit perut. lps tu 1 lg sms bgtau dia kena stay lama sbb kawan dia kena tahan wad. so saya call terus la kan. dia dah on the way balik. jam 5.40 pg. kesian dia tak tidur semalaman. yg sakit tu kawannya yg sewa bilik di bahagian blkg kedai dia. katanya ada jangkitan kuman dlm perut. ntahla,saya pun tak paham.

yg saya nak cerita, si nawal, lps minum air dia yg suruh saya call ayah dia :

" ummi teponla ayah. ayah ada kat mana. kenapa ayah tak blk lg."

masa saya call cakap2 semua, dia…

ini post yg ke 889.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tak sangka dah byk post saya tulis dlm blog ni. ye lah, blog ni pun dah berusia 6 tahun.

hari ni saya baik2 saja. walaupun terlewat bgn pg td, tp masih sempat sampai ofis sebelum waktunya. (tu pun sbb masuk kul 830. cuba masuk kul 8, mmg dah kantoi). hahaha! gigi dah kurg skit sakit. mungkin sbb doc dah bg antibiotik, so dok mkn antibiotik tu kuman tak merebak sgt kot. hihi (pandai2 ja teori sendiri). tak sabar nak operate, sbb tak nak lg merasai sakit gigi.

minggu dpn nak jln jauh.. tanpa suami dan anak2. sanggup ke?? hahaha! saya ok je. insyaallah. pengalaman mengerjakan haji selama 45 hari 3 thn lps byk mendidik hati dan minda saya agar lebih kental. ewaahhh~! anak2 pun rasanya ok kot. dah besar kan.. takpa, kita tgk lah nanti mcmana. saya doakan semuanya baik2 saja nanti.. amin. Allah kan ada.. :)


arghhh..keja byk. student ramai. jg kaunter pun tgn dah mcm tgn octopus.


 semoga Allah redha.

Derita sakit gigi.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sapa pernah sakit gigi? kalau tak pernah tu mmg hebat lah kan.. semua pun pernah rasa kot sakit gigi..saya ni dah berbulan2 sakit gigi. on and off. ada ketika rasa sakit amat mcm nak hantuk kepala kat dinding. ada ketika sakit sedang2 ja kerut2 ja muka, ada ketika sakit manja2 yg boleh senyum2 lg boleh melantak nasik 2 pinggan. hehehehe

kalau tak salah dr bulan 3 sata mula sakit. mulanya saya ingat sbb cuaca panas, saya kurg minum, jd gusi bengkak. (pandai2 je buat teori sendiri) hehe. lps tu hari demi hari makin kerap pulak sakitnya. saya beli ubat tahan sakit dr farmasi, ok lah kejap. pastu nanti sakit lg. sampailah saya buat keputusan nak check gigi kat klinik kesihatan kubang semang pd 31 mei lps. doc gigi sahkan ada gigi geraham bongsu kat hujung sekali tu nak tumbuh. tp tak boleh naik sbb tersangkut. doc minta saya buat x-ray utk pastikan keadaan tu. so 5 Jun saya ke hosp sbrg jaya buat x-ray, 6 jun hantar blk result x…

Ribut semalam.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ptg hingga senja semalam ribut telah melanda di PUlau PInang. hampir semua kawasan telah dilanda ribut. kalau kalian tgk berita, mcm2 kejadian berlaku. ada pencawang atas bangunan tumbang. ada kereta kena hempap. ada org mati terhempap. tu tak masuk lg kisah2 pokok2 yg tumbang yg tak masuk dlm tv.

termasuk la ini :

rumah salah seorang staff uitm yg dihempap pokok. keadaan ahli rumah selamat. kecuali brg2 byk rosak.

subhanallah allahuakbar. astaghfirullah. Allah cuma tiupkan angin lebih kuat dr biasa, tp ramai dr kita dah terkesan dr itu. bagaimana bila nanti Allah turunkan bencana yg lebih hebat? atau hari kiamat yg bakal menjelma?

itu yg saya fikirkan bila ribut semalam. dalam dok peluk anak2 di rumah, saya berdoa semoga kami semua dilindungi Allah. abg aleh baru nak balik  dia terpaksa berhenti kereta di tepi jalan di kawasan lapang sbb tak boleh drive, kereta kancil dah goyang2. menggerunkan, kan? saya gerun bila terbayan…

Salam 1 Syaaban 1434H - 10062013

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni 1 Syaaban dah.
lagi sebulan Ramadhan bakal tiba.
seronoknya~!!

hari ni penat sgt rasanya. pg td bgn pukul 4.45 am, siapkan sahur. saya bersahur dgn ma pg td. anak2 pukul 6 pg dah bgn,sebelum sempat ummi siapkan dobi. pukul 7.30 pg dah keluar rumah ,hantar kakak nawal ke sekolah dan terus ke hospital sbrg jaya. ali ada check up dgn pakar kanak2. dah lama tak datang sini, last sekali check up ali bulan april tahun lps. dah setahun lebih.

ambik nombor, buat ECG, tunggu doc biasa panggil, cek dgn doc biasa, tunggu doc pakar, cek dgn doc pakar, scan jantung bla bla setel semua jam 10.30. terus balik hantar ali, kemudian hantar ayah dan ummi terus ke tempat kerja. sempat take a nap kejap sebelum masuk kerja jam 12.45 pm. letih rasanya.

hari ni pulak hari pertama semester baru. students ramai sgt. jaga kaunter IT dah mcm lipas kudung. seronok bkerja sebuk2 mcm ni. cepat saja masa berlalu. banyak hal nak kena buat hari ni. t…

sesi Pot Luck #2 tahun ini.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Ahad lepas 2 hb, selamat buat pot luck kat rumah kwn sekolah saya, Dr Abdullah Aziz (pak lah) yg baru pulang dr UK tahun lepas. sebenarnya saya dan kawan2 sekolah saya ni hari2 keep in touch, kalau dulu dlm FB je, skrg ni dalam Whats App pulak. aduhai..hari2 ada ja benda yg menggelikan hati. sampai idea utk pot luck ni pun tercetus dlm tu, plan susah payah dari bulan 4 lg kot kalau x silap.

kalau dulu kami buat kat rumah sarah, kali ni rumah paklah pulak yg terpilih. kat taman ilmu,nibong tebal. jauh jgk lah dr rumah saya. saya pegi dgn wani, sbb anak2 tak ikut, abg aleh pun ada hal, kena pegi kedai. so membujang la saya join cik wani yg mmg single lg. brtolak dr rumah ma dalm jam 4 lebih, sampai rumah pak lah dlm 5.30. follow kereta Mizwar Abduh dr belakang sbb tak reti p nibong tebal ikut jalan bawah. highway jem teruk katanya kat Juru.

 seronok kumpul ramai2. jumpa je dah gelak-gelak. entah apa yg lucu sgt. dr kanan tu if…

cerita Langkawi

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah seminggu lebih balik dr langkawi. tapi tak cerita apa2. mcm mana nak knang pd masa depan ni..?hehe

kami bertolak hari rabu 22hb Mei, lebih kurang jam 9 dr rumah. sampai kuala kedah jam 11. feri sampai pukul 12. so sempat lunch dulu tepi jetty tu.

harga tiket feri : RM23 utk dewasa dan RM17 utk kanak2.

jetty kuala kedah.
kami naik ferry apa ntah. kecik sikit. bergoyang teruk jgk. nawal siap muntah dlm feri. nak sampai dekat 2 jam. adoii sakit kepala.

ali sengih2 je. dia sorang je yang tak mabuk laut. org lain semua mcm nak pitam dah.
sampai jetty langkawi jam 2 ptg. abg man dah tunggu kat sana. siap dgn kret sewa Avanza. cukuplah kami ber 6 dewasa dan 3 budak. saya, suami, ma, ayahwan, abg an dan kak da. bdk2 nawal, ali dan arissa.
abg man dpt sewa rm80 je kereta ni. sbb dia dah biasa sewa kat tuan tu. kalau ikut harga biasa boleh cecah rm120 - rm140. alhamdulillah. rezeki kami.

sampai langkawi terus kami ke pantai cenang…