Tuesday, 28 May 2013

zaman berubah. manusia berubah.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tahun 90an, masa sekolah dulu, sekolah rendah sampai menengah, kalau nak contact kawan2 - pakai surat. setem dan posmen.

tahun 98 - 2000, masa lepas SPM, sampai masuk U, masih pakai surat.

tahun 2001 - 2005, berhubung dgn kawan-kawan pakai emel. bercinta pun pakai emel dan MIRC. kalau tak buka emel seminggu, maka akan ada beratus emel unread dalam inbox.

nostalgia betul. tak sangka bertemu jodoh dalam ni 11 tahun yg lalu.


tahun 2005- 2007, masih menggunakan emel, upgrade sikit dgn adanya Yahoo Messenger (YM), circles dan friendster/myspace. mmg trend la time tu. boleh bersembang dlm YM group tu riuh rendah.


tahun 2008 - 2011, emel nampaknya dah kurang digunakan. friendster langsung dah padam. samalah myspace pun. org ada Facebook skrg. sapa takde facebook tu mcm tak up to date lah..

2011- sekarang, dunia semakin canggih. masing2 ada smartphone. selain FB yg masih relevan, muncul pulak whatsapp dan we chat. kalau dulu gelak tergolek2 berbual2 dgn YM, skrg gelak terbahak2 dgn whatsapp pulak. kawan yg kat manjung rasa mcm dok sebelah rumah. kawan yg kat semenyih dan bangi mcm dok dpn rumah. kwn yg kat nibong tebal sah2 mcm dok sekali dlm rumah. hehe. adik yg dok kat UK pun rasa mcm dok kulim ja dgn adanya benda2 ni. teknologi canggih semakin mendekatkan manusia. tiada alasan lg utk kita tidak berhubung.

untuk tahun2 mendatang, taktau la lagi apa yg bakal muncul nanti. haih.

apa yg penting, gunakan teknologi utk kebaikan, jgn sampai melalaikan dan merosakkan.

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...