Tuesday, 21 May 2013

sutramaya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

tajuk takde kaitan dgn entry, tgh dengar lagu siti nurhaliza tajuk demikian. hehe..

alhamdulillah, kita masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk berbuat lebih byk pahala dan mengelak dr berbuat dosa.

hari ni ceria lebih. walaupun terlewat bangun. hehe. kelam kabut siapkan diri dan anak2. tapi ok dan happy sebab anak2 pun mudah sgt diurus pg ni. nawal bgn pg tanpa menangis, siap buka mata terus bg teka teki, 
"umi cuba teka, hari ni nawal sekolah ke tak?" hahaha! kelakar budak ni. hari2 tanya bila nak cuti, nak pegi  naik bot. excitednya dia. itu yg siang malam ummi berdoa semoga Allah permudahkan urusan dan lancarkan perancangan kita. amin.. 

yang si Ali pulak sejak seminggu dua ni tak nak pegi sekolah, nak duduk dgn ayah. sampai sanggup nak duduk dgn tok asalkan tak payah pegi rumah pengasuh aka mamatok dia. apa la masalah dia. tp mmg biasa mcm tu peel budak2 ni. ada musim dia nak,ada musim dia tak nak. ikut angin. pg ni dia ok je. bila bgtau ummi hantar dia ke rumah mamatok ye, dia angguk2 dan senyum2 je. tak mengamuk2 mcm hari2 lepas. agaknya dia pun excited jgk nak pegi berjalan esok.




comel tak keychain pink tu? ofismate saya kak ida yang buatkan. saya suka sgt. terlalu cute. nak ke? saya ada lg warna hijau. lepas ni kak ida akan buatkan 3 lg warna utk saya. suka suka suka! page beliau di FB ialah : Big D's Craft 
kat situ mcm2 ada. silalah jengah!


ok, cukup setakat itu.

2 comments:

Kniedaz said...

Semua orang mood bercuti ni..lepas balik Bandung Kida kena bawa budak2 jalan juga sian diorang
Terima kasih mempromosi hasil kerja kida..suka suka :)

RieNa said...

ye lah,bdk2 pun nak cuti sekolah. mmg excited.

ok k ida, small matter je. ;)

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...