Friday, 10 May 2013

cerita tv

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

biasanya petang2 lps balik kerja, saya dgn tgn penuh dgn beg anak2,beg kerja dan botol air, masuk rumah letak apa yang patut. anak2 pulak masuk je rumah yg kecik lompat2, yg kakak buka suis kipas dan capai remote nak on tv. mmg biasa macam tu lah. tiba2 bila kakak nawal on tv, terus semua padam. alamak, tv rosak ke, abih shot suis utama.

bila on je tv, suis utama terpadam. so konklusinya, tv rosak. huhu

jd semalam kami sekeluarga lepak2 tanpa tv lah. saya mulanya rasa ralat jgk, ye lah bila dah biasa dgn tv ni kalau takde rasa tak best. tp sehingga pg td, saya rasa ok je. lps mandi dan siapkan anak, kami solat sama2, bila ayah balik, makan sama2. lps mkn kami baca buku sama2. lps tu gaduh sama2. lps tu guling2 sama2. haha! saya nak lipat kain, anak2 pun mengacau nak lipat sama2. sehinggalah masing2 terlena jam 1030 mlm.

kemudian saya sedar, takde tv pun kami baik2 saja. saya boleh je layan fb dan berwhatsapp dgn family dan kawan2. ok saja. sebenarnya semua dr minda kita. kalau kita rasa benda tu ok, ok lah utk kita. kalau kita benda tu buruk, buruk lah utk kita. semua di tangan kita. :)

 disebabkan tv tu masih ada warranty, so nanti ayahnya hantar balik kat kedai. takpelah berapa lama pun, take your time, sbb kami baik2 saja takde tv. insyaallah.

2 comments:

Kniedaz said...

hehe..sekali sekala takde tv...

Anonymous said...

choose happiness in every situation!
wardina pun takdak tv rasanya.

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...